Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Ahmad Fadhli Cadang DAP Taja Kelas Pendidikan Islam Untuk Pemimpin Parti Itu

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari terharu dengan tindakan DAP Pulau Pinang yang sedia mengumpul dana untuk mengadakan kelas pemahaman nama dan budaya masyarakat Cina namun beliau mencadangkan agar DAP taja kelas pendidikan Islam untuk pemimpin parti itu.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Ahmad Fadhli berkata tindakan itu merupakan bukti keikhlasan DAP Pulau Pinang yang hebat dan mengkagumkan.

Pas cadang DAP taja kelas Pendidikan Islam untuk pemimpin parti itu

DAP Taja Kelas Pendidikan Islam

Foto: Harakah Daily

“Saya sangat terharu dengan keikhlasan DAP Pulau Pinang ini yang sanggup mencari dana bagi membuat kelas untuk mengajar pemimpin PAS tentang nama-nama dan kebudayaan orang Cina.
“Inilah bukti keikhlasan DAP Pulau Pinang yang sungguh hebat dan mengkagumkan, menitis air mata saya membaca keikhlasan ini,” katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pasir Mas itu mencadangan agar dana tersebut digunakan untuk memberi asas pendidikan Islam kepada pemimpin DAP.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Siti Mastura Selesai Bayar Saman Fitnah RM830,034.75 Terhadap Tiga Pemimpin DAP

“Walaupun saya merasakan cadangan ini bagus, tetapi saya ingin memberikan cadangan yang jauh lebih bagus iaitu kelas pendidikan Islam yang asas untuk pemimpin DAP yang bertaraf menteri.
“Ini kerana ada menteri daripada DAP yang boleh menyebut perkataan yang bukan hadis tetapi disebut sebagai hadis.
“Ini sebenarnya satu penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW dan kesilapan ini jauh lebih besar berbanding kesilapan mengenalpasti nama-nama dan kebudayaan Cina.
“Lebih mengecewakan, kesilapan ini tidak pernah diperbetulkan atau disusuli dengan permohonan maaf sehingga ke hari ini,” ujarnya.

PAS cadang DAP taja kelas Pendidikan Islam

Foto: Utusan

Pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan kenyataan seorang menteri yang menyebut akan mengadakan solat hajat, sesuatu yang dianggapnya sebagai mempermainkan istiah ibadah dalam Islam.

“Saya mohon mencadang, lebih baik dana yang dikumpul itu digunakan untuk mengajar pemimpin DAP yang bertaraf menteri mengenai asas Islam,” katanya.

Menurutnya lagi, meskipun kementerian yang diterajui menteri tersebut mempunyai peruntukan besar, ia mungkin telah digunakan untuk tujuan lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Peruntukan itu tentulah akan digunakan untuk tujuan lain yang lebih penting seperti menghiaskan pejabat dengan hiasan krismas, Tahun Baru Cina dan termasuklah Hari Raya tidak lama lagi.
“Peruntukan kementerian itu juga tentulah sudah habis digunakan untuk pertandingan tandas dan lain-lain,” ujarnya sinis.

Sebelum ini, DAP Pulau Pinang dilaporkan sedang mengumpul dana untuk mengadakan kelas pemahaman nama dan budaya masyarakat Cina.

Kelas ini khusus dibuat untuk pemimpin PAS susulan insiden membabitkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang mengaitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dengan keluarga Yeoh dari konglomerat YTL Corporation Bhd.

Sumber: Facebook Fadhli Shaari

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Model kecerdasan buatan (AI) dari China iaitu DeepSeek berjaya kalahkan ChatGPT, model AI dari AS yang mendominasi sebelum ini sekaligus melonjak ke tempat pertama...

Dunia

Sekumpulan Parti Buruh Indonesia (KSPI) berhimpun di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai protes berhubung kejadian tembak pada 24 Januari lalu di Selangor....

Lokal

Seorang anggota tentera, Prebet Muhammad hilang hampir seminggu selepas keluar untuk bergunting rambut pada Selasa lalu. Prebet Muhammad hilang Menurut laporan Kosmo! Online, bapa...

Lokal

Padah mengugut bunuh pelawak Harith Iskander dan keluarganya berhubung lawak isu ‘ham’, seorang lelaki akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd