Dalam menyasar transformasi digital kesihatan, Kementerian Kesihatan (KKM) kini mengurangkan tempoh waktu menunggu di klinik kerajaan dari tiga jam kepada 30 minit.
Waktu menunggu di klinik kerajaan dipendekkan
Menurut laporan Berita Harian, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pencapaian itu dilaksanakan menerusi tekad pelaksanaan agenda transformasi digital kesihatan.
“Kita sudah pun mendigitalisasikan perkhidmatan utama, mengurangkan waktu menunggu di klinik penjagaan primer utama dari tiga jam kepada hanya 30 minit.
“Dari 107 klinik antara 2007 hingga 2022 kepada 159 klinik pada 2024.
“Pada awal tahun ini saja, ia (jumlah klinik terbabit) meningkat sebanyak 48.6 peratus. 2025 adalah tahun pelaksanaan. Masa untuk menunaikan apa yang dijanjikan,” katanya.
Beliau memaklumkan perkara tersebut menerusi satu hantara di laman X pada Ahad.
Banyak pelaksanaan dirangka termasuk klinik kerajaan
Artikel lain: Merokok Di Restoran, Dr Dzulkefly Dedah Tok Mat Minta Sendiri Dikompaun KKM
Menerusi hantaran sama, Dr Dzulkefly berkata 2025 adalah tahun untuk bekerja dengan melaksanakan segala perancangan yang dirangka bagi merealisasikan agenda berkenaan.
Terdahulu, Ahli Parlimen Kuala Selangor itu menjelaskan bahawa KKM menyasarkan bagi melaksanakan transformasi digital kesihatan di setiap fasiliti kesihatan seluruh negara dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.
Sumber: Berita Harian (Fahmy A Rosli), X DrDzul