Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Datuk Ismail Yusop dilantik sebagai Ketua Pengarah (KP) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) yang baharu.
Foto: Sinar Harian
Menurut laporan Bernama, AKM memuat naik hantaran ucapan tahniah menerusi akaun Facebook pada Khamis atas pelantikan bekas Ahli Dewan Negara itu.
Foto: Facebook Akademi Kenegaraan Malaysia
“Seluruh warga kerja Akademi Kenegaraan (AKM) mengucapkan sekalung tahniah kepada Datuk Ismail Yusop atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah JKOM, Kementerian Komunikasi.
“Semoga diberi kesihatan yang baik dan dipermudah segala urusan dalam menjalankan tanggunjawab dan amanah yang diberikan,” tulis hantaran tersebut.
Ismail menggantikan Dr Mohd Khairuddin Othman yang ditamatkan perkhidmatan pada September 2024 selepas memegang jawatan itu sejak 1 Mac tahun sama.
Foto: Facebook Fahmi Fadzil
Sementara itu, pelantikan tersebut disahkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Artikel lain: Jawatan KP JKOM Akan Diisi Secepat Mungkin – Fahmi
“Ya, sahih,” kata Fahmi ringkas melalui aplikasi WhatsApp ketika ditanya Malaysiakini mengenai perkara itu, hari ini.
Sumber: BERNAMA, Malaysiakini (N Faizal Ghazali)