Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sembilan Individu Islam Ditahan JAINJ Atas Kesalahan Minum Arak, Parti Buih

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah menjalankan operasi di sebuah hotel di Taman Perling melibatkan penahanan sembilan individu Islam yang terlibat dalam pesta minum arak dan parti buih sempena sambutan tahun baharu.

JAINJ

Foto: Facebook Mohd Fared Mohd Khalid

Menurut laporan Buletin TV3, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, operasi tersebut dijalankan dari jam 11 malam hingga 3 pagi selepas menerima aduan awam mengenai aktiviti di sebuah kafe dalam hotel berkenaan.

Artikel lain: Johor Wajibkan Lelaki Islam Tutup Premis Perniagaan Semasa Solat Jumaat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil pemeriksaan ke atas 29 individu beragama Islam yang terdiri daripada pekerja dan pengunjung mendapati sembilan orang termasuk empat warga Indonesia telah didapati positif alkohol.

“Sembilan daripadanya terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita, termasuk empat warga Indonesia didapati positif alkohol ,” katanya dalam kenyataan.

Foto: JAINJ

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 19(1)(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor (EKJSNJ) 1997 kerana kesalahan minum minuman yang memabukkan.

“Enam daripada mereka akan dihadapkan ke mahkamah, manakala tiga lagi dilepaskan dengan jaminan,” jelasnya.

Dalam operasi berasingan di daerah lain, seramai 12 individu ditahan dengan masing-masing dua orang di Kluang, Kota Tinggi dan Segamat, manakala enam lagi ditahan di Kulai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesemua kes khalwat tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 27(1)(2) EKJSNJ 1997.

Sumber: Buletin TV3

Written By Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat individu, iaitu dua wanita dan dua lelaki tempatan dilaporkan maut selepas hadiri sebuah konsert di Bandar Sunway, Subang Jaya pada malam Rabu. Menerusi...

Lokal

Susulan kes seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang, polis telah mengesahkan penemuan mayat reput dalam sungai di Banting pada 28 Disember lalu, adalah milik...

Lokal

Empat pengunjung maut selepas menghadiri konsert ‘Pinkfish’ di Bandar Sunway pada Selasa lalu sempena sambutan malam ambang tahun baharu dipercayai mengambil dadah jenis ekstasi....

Bisnes

Sunway REIT Management Sdn Bhd, selaku pengurus Sunway Real Estate Investment Trust (Sunway REIT) selesai beli pusat beli-belah Sunway Kluang Mall (dahulu dikenali sebagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd