Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Bekas Penjaga Gol Al-Nassr Dedah Cristiano Ronaldo Berhasrat Peluk Islam?

Bekas penjaga gol Al-Nassr, Waleed Abdullah membuat kenyataan mengejutkan tentang bintang bola sepak Cristiano Ronaldo berhubung hasrat untuk memeluk agama Islam.

Foto: Facebook Cristiano Ronaldo Al Nassr Fans

Menurut laporan Morocco World News, dalam rancangan televisyen “Al-Hissa Al-Akhira”, Abdullah mengesahkan khabar angin mengenai minat bintang berusia 39 tahun itu bagi memeluk agama Islam.

“Ronaldo benar-benar mahu memeluk Islam. Saya telah bercakap dengannya, dan dia menyatakan minatnya. Dia sudah sujud di atas padang selepas menjaringkan gol, dan dia sentiasa menggalakkan pemain untuk berdoa dan mengikuti amalan agama Islam,” katanya.

Beliau mendedahkan bahawa Ronaldo telah menunjukkan minat mendalam terhadap budaya tempatan, terutamanya Islam dan amalan keagamaannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Abdullah menceritakan bagaimana Ronaldo sentiasa memastikan rakan sepasukan mempunyai masa untuk menunaikan solat di antara sesi latihan.

“Apabila azan berkumandang semasa latihan, Ronaldo meminta jurulatih untuk menghentikan sesi sehingga ia selesai,” jelasnya.

Foto: Fcaebook Cristiano Ronaldo

Menurut Abdullah, Ronaldo mempunyai minat untuk masuk Islam sejak dahulu dengan rakan sepasukan lamanya seperti Mesut Özil dan Karim Benzema pernah cuba meyakinkannya untuk menjadi seorang Muslim.

Satu kejadian yang disebut adalah apabila Ronaldo sujud di padang selepas menjaringkan gol dan semua pemain bertakbir “Allahu Akbar” serentak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, Abdullah menekankan bahawa kedisiplinan dan komitmen Ronaldo sebagai pemain adalah yang paling penting.

“Dia adalah pemain yang amat disiplin dan berdedikasi, dan inilah yang membawanya ke kedudukan ini,” tambahnya.

Dia turut memuji kerendahan hati Ronaldo, menyatakan bahawa pemain Portugal itu dan anaknya bersikap mesra dan ramah dengan orang sekeliling.

“Sesiapa yang datang ke Arab Saudi akan menghargainya dan berasa selesa bersamanya,” katanya lagi.

Sumber: Morocco World News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad mahu meneliti alasan penghakiman penuh sebelum mengambil tindakan lanjut selepas diarah mahkamah membayar RM750,000 kepada tiga pemimpin...

Lokal

Seorang pakar kesihatan holistik, Dr. Siti Juariah Kusni atau lebih dikenali sebagai Dr. Jue telah berjaya menganjurkan sebuah seminar ilmiah mengenai diabetes, iaitu Seminar...

Lokal

Dua beranak berdepan pertuduhan berasingan melakukan maksiat iaitu persediaan persetubuhan haram dan berkhalwat bersama pasangan masing-masing menerusi prosiding Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Terengganu...

Dunia

Penyanyi wanita, Chayada Prao-hom dilaporkan meninggal dunia dipercayai selepas menjalani tiga sesi urutan di sebuah kedai urut di wilayah Udon Thani, Thailand, pada Ahad....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd