Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Papan Tanda: Veteran UMNO Dakwa King Sing Sengaja Timbul Isu, Minta PM Tukar Menteri Pelancongan

Veteran UMNO Malaysia minta Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempertimbang tukar Menteri Pelancongan Datuk Seri Tiong King Sing dengan individu lain yang lebih berwibawa demi menjaga nama baik negara.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata amat memalukan apabila seorang menteri yang sepatutnya mempromosikan negara untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia bercakap seolah-olah Malaysia tidak aman dan selamat, lapor Harian Metro.

Veteran UMNO minta PM tukar Menteri Pelancongan

Veteran UMNO Minta PM Tukar Menteri Pelancongan

Foto: Malaysiakini

Beliau mendakwa, King Sing sengaja menimbulkan isu bahasa pada papan tanda dan iklan seolah-olah Menteri Pelancongan itu anti bahasa Melayu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“King Sing juga anti negaranya sendiri, Malaysia. Tidak patriotik dan nasionalis. Dia lebih Cina dari Cina tanah besar (China). Sikap rasisnya jelas sehingga terbawa-bawa kepada penduduk negara asing,” katanya.

Beliau berkata, King Sing tidak ada sebab untuk meminta maaf kepada pelancong China kerana layanan tidak istimewa daripada kerajaan Malaysia kepada mereka.

Artikel lain: Cadangan Hadkan Lesen Jualan Minuman Keras, Atasi Pemandu Mabuk

“Dakwaan King Sing kononnya dia ditanya oleh pelancong China apakah Malaysia sebuah negara perkauman adalah satu pembohongan dan wayang.
“Mana ada satu negara di dunia ini yang memberi layanan istimewa kepada pelancong yang melancong ke negara mereka sehingga terpaksa menukar papan iklan kepada bahasa pelancong?
“Orang Melayu yang melawat China bukan sedikit. Tapi papan iklan di pusat beli belah di Beijing, Shanghai dan lain-lain tetap dalam bahasa Mandarin. Kalau ada terjemahan pun dalam bahasa Inggeris,” ujarnya.

Veteran UMNO Minta PM Tukar Menteri Pelancongan

Foto: Astro Awani

Mustapha berkata demikian susulan kenyataan King Sing baru-baru ini yang mana dia berkata menerima pertanyaan daripada pelancong asing berkenaan adakah Malaysia sebuah negara yang bersifat perkauman dan ekstrim agama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini susulan serbuan berskala besar daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke atas beberapa premis di ibu negara sebelum ini yang tidak memasang papan tanda bahasa kebangsaan.

Sumber: Harian Metro (Mohd Nasaruddin Parzi)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Lokal

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali menjadi bualan ramai selepas beliau tersenarai antara pemimpin terkaya di dunia bersama-sama dengan beberapa pemimpin dunia yang lain. Menerusi...

Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanya memberikan gred D, iaitu 35.8 peratus sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun ramai menyifatkan kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd