Selepas melakukan perbincangan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sah dilantik jadi Setiausaha Agung BERSATU, kata Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Memetik laporan Sinar Harian, Muhyiddin berkata beliau sudah berbincang dari ‘hati ke hati’ bersama Ahli Dewan Undangan (ADUN) Hulu Kelang itu dan pelantikan tersebut telah dipersetujuinya.
Azmin sah jadi Setiausaha Agung BERSATU
Foto: The New Straits Times
“Saya sudah bertemu dan bincang hati ke hati, apa yang patut dibuat dan Alhamdulillah, beliau dengan rela bersetuju. Tiada isu lagi.
“Kita nak jadikan BERSATU sebagai satu parti contoh dari segi pengurusan dan pentadbiran, tiada rasuah dan buat kerja secara bersungguh-sungguh,” katanya.
Artikel lain: Bandingkan Gred D Bersih Dengan UPSR, PAS Sifatkan Anwar Tidak Matang
Dalam pada itu, Mohamed Azmin juga dilaporkan telah menerima tawaran tersebut.
Sementara itu, Muhyiddin dilaporkan berkata berkemungkinan pengumuman rasmi pelantikan Mohamed Azmin ke jawatan itu akan dibuat selesai Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) atau pada hari perhimpunan.
Foto: The Malaysian Reserve
Sebelum ini, Mohamed Azmin menolak tawaran jawatan tersebut kerana mahu fokus kepada Perikatan Nasional Selangor yang diketuainya dalam misi menawan negeri itu pada pilihan raya akan datang.
Sumber: Sinar Harian (Diana Azis)