Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Perkukuh Visi Bandar CHASE, Inisiatif Bandar Pintar Tingkat Naik Taraf Hidup Rakyat Di Wilayah Persekutuan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa melancarkan logo rasmi inisiatif Bandar Pintar Wilayah Persekutuan di Smart Nation Expo yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.

Pelancaran ini menandakan komitmen kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di Wilayah Persekutuan melalui pendekatan bandar pintar yang inovatif di bawah payung Bandar CHASE (Clean, Healthy, Advanced, Safe and Eco-friendly).

Inisiatif Bandar Pintar Wilayah Persekutuan

Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuh tadbir urus bandar serta mempersiapkan Wilayah Persekutuan untuk menjadi setanding dengan bandar pintar bertaraf dunia melalui tujuh komponen utama.

Komponen utama itu adalah Smart Governance, Smart Economy, Smart Living, Smart People, Smart Mobility, Smart Environment dan Smart Digital Infrastructure.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, pelaksanaan kepada inisiatif bandar pintar ini akan diteraskan kepada dokumen strategik Blueprint Bandar Pintar Wilayah Persekutuan 2030 (MySmartWilayah 2030) yang telah diperkenalkan sejak April 2021 merangkumi 25 dasar strategi, 76 tindakan utama, 118 indikator dan 25 KPI utama.

Inisiatif Bandar Pintar Wilayah Persekutuan

Blueprint ini turut diperkuatkan dengan pelan tindakan spesifik bagi setiap Wilayah Persekutuan, iaitu Pelan Utama Bandar Pintar Kuala Lumpur 2021-2025 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pelan Tindakan Bandar Pintar Putrajaya 2018-2025 bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pelan Tindakan Bandar Pintar Wilayah Persekutuan Labuan 2021-2030 bagi Wilayah Persekutuan Labuan.

Sehingga kini, melalui semua pelan tindakan ini, Kuala Lumpur telah mencapai 22 daripada 28 inisiatif, Putrajaya mencapai 70 daripada 92 inisiatif dan Labuang mencapai 16 daripada 50 inisiatif yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Dr. Zaliha menegaskan bahawa pelaksanaan inisiatif ini memerlukan kerjasama strategik antara pelbagai pihak, termasuk kementerian, agensi kerajaan, penyedia teknologi, komuniti dan pihak swasta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Inisiatif Bandar Pintar Wilayah Persekutuan

Katanya, ini penting bagi menjamin keberkesanan aspek kewangan, pengurusan dan penggalakkan pembangunan ekonomi tempatan.

Artikel lain: 38 Organisasi, Pemimpin Terap Prinsip DEI Terima Pengiktirafan Di LAWA 2024 Anjuran TalentCorp

Menjelang tahun 2025, pelaksanaan bandar pintar di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan akan mengambil kira pendekatan analitik data raya (big data analytics) dan teknologi masa nyata (real time technology) dalam pembuatan keputusan memastikan tindakan yang diambil adalah lebih tepat dan bersasar.

Inisiatif Bandar Pintar Wilayah Persekutuan

Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) percaya bahawa melalui inisiatif bandar pintar ini, Wilayah Persekutan dapat merealisasikan visinya sebagai Bandar CHASE yang lebih maju, mampan dan berdaya saing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen Malaysia dan Indonesia ‘berganding bahu’ apabila kedua-dua negara itu bersama-sama kecam rekaan poster yang dihasilkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Menerusi beberapa hantaran...

Lokal

Bermula Jumaat tahun depan, pemakaian baju kurung dan baju Melayu teluk belanga bersama Kain Benang Johor oleh penjawat awam sebagai baju kerja akan dilaksanakan....

Politik

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) tanpa rundingan didakwa cetus rasa tak puas...

Nasional

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing telah tampil memberi penjelasaan berhubung permohonan maaf kepada rakyat Jepun dan China adalah berkaitan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd