Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Majukan Industri Tempatan Dua Negara, Proton Buka Kilang CKD Di Mesir

Proton buka kilang pemasangan tempatan (CKD) di Giza, Kaherah, Mesir, sebagai sebahagian daripada usaha Malaysia untuk membawa cara pemikiran baharu dalam kerjasama antara negara.

Memetik laporan Harian Metro, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha sama itu penting bagi memajukan industri tempatan di kedua-dua negara.

Proton buka kilang pemasangan tempatan CKD di Mesir

Proton Buka Kilang CKD Di Mesir

Katanya, keberadaan Malaysia di Mesir menerusi pembukaan kilang Proton Holdings Berhad (Proton) sebagai rakan kongsi yang akan memulakan operasi pada bulan depan dibuat berdasarkan kepercayaan dan persahabatan yang dijalin selama ini.

“Pembukaan kilang CKD Proton ini membuktikan komitmen antara dua negara direalisasikan iaitu kita mahu menjadikan Mesir sebagai hab perdagangan bagi rantau Afrika, manakala Malaysia pula menjadi hab mereka bagi Asia Tenggara.
“Kilang ini akan mengeluarkan 16,000 unit Proton Saga bagi tempoh 2024 hingga 2026 dianggarkan bernilai RM570 juta,” katanya dalam sidang media pada hari terakhir lawatan rasminya selama empat hari ke Mesir pada Rabu.

Proton Buka Kilang CKD Di Mesir

Sebelum ini, Anwar melancarkan pengoperasian kilang pemasangan kereta Proton di Kaherah yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri bagi Pembangunan Industry yang juga Menteri Pengangkutan dan Industri Mesir, Kamel Al-Wazir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, ia turut dihadiri Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Pengerusi Proton, Tan Sri Syed Faisal Albar dan Pengerus Ezz Elarab Elsewedy Industrial Investments, Hisham Ezz Elarab.

Dalam pada itu, Anwar berkata Proton bukan setakat syarikat automotif, sebaliknya ia menjadi kebanggaan dan sebahagian daripada identiti Malaysia.

Artikel lain: Miliki Penggunaan Bahasa Yang Baik, DBP Lantik Tiga Pempengaruh Sebagai Ikon

Katanya lagi, usaha sama yang dijalin antara kedua-dua negara ini juga penting bagi memajukan industri tempatan masing-masing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Proton Buka Kilang CKD Di Mesir

Sementara itu, Syed Faisal Albr berkata pihaknya perlu meneroka pasaran baharu bagi memajukan jenama kereta tempatan disamping turut berhasrat menjadikan Mesir sebagai hab utama Proton di rantau itu.

Pada masa yang sama, pusat pemasangan serantau di Giza ini adalah yang pertama untuk model pandu kiri kereta Proton di luar negara.

“Kami berharap platform ini memberikan potensi untuk Proton berkembang lebih jauh ke negara jiran dengan menjadikan Mesir sebagai hab utama,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Sariha Mohd Ali)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen Malaysia dan Indonesia ‘berganding bahu’ apabila kedua-dua negara itu bersama-sama kecam rekaan poster yang dihasilkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Menerusi beberapa hantaran...

Politik

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) tanpa rundingan didakwa cetus rasa tak puas...

Lokal

Bermula Jumaat tahun depan, pemakaian baju kurung dan baju Melayu teluk belanga bersama Kain Benang Johor oleh penjawat awam sebagai baju kerja akan dilaksanakan....

Nasional

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing telah tampil memberi penjelasaan berhubung permohonan maaf kepada rakyat Jepun dan China adalah berkaitan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd