Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

BMS 2024 Membudaya Amalan Menabung, RM19 Bilion Jumlah Deposit Simpan SSPN Setakat September lalu

Sebanyak RM19 bilion jumlah deposit daripada produk Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) diterima dengan bilangan akaun berjumlah 6.61 juta sehingga 30 September lalu.

BMS 2024 membudaya amalan menabung

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, Simpan SSPN akan terus kekal sebagai produk yang berdaya saing dan menjadi tabung pendidikan utama pilihan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi.

“Dengan sokongan padu para pelanggan, saya optimis PTPTN akan dapat mencapai sasaran deposit Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024 sebanyak RM220 juta.
“Dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, pelepasan cukai individu ke atas simpanan bersih dalam Simpan SSPN dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun lagi sehingga tahun 2027.
“Usaha ini mencerminkan sokongan kerajaan dalam menggalakkan penabungan dari awal usia untuk pendidikan tinggi. Inisiatif ini juga sewajarnya menjadi peluang keemasan kepada golongan ibu bapa untuk menyimpan melalui Simpan SSPN,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum itu, beliau menjayakan perasmian penutup Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024 di Paradigm Mall, Petaling Jaya pada Sabtu.

BMS 2024

Norliza (dua dari kiri) merasmikan Majlis Penutup Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024. Turut hadir  Datuk Mohd Dusuki Mokhtar (kiri), Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN, Datuk Norasni Ayob (kanan) dan Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, (dua dari kanan).

Menurut kenyataan tersebut, BMS 2024 adalah program signature PTPTN dalam membudayakan amalan penabungan dan mempromosikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan pilihan utama masyarakat Malaysia.

“Program ini bermula pada 26 September hingga 31 Oktober 2024 dan tahun 2024 merupakan tahun ketujuh penganjurannya sejak tahun 2018.
“Ini salah satu usaha untuk menyebarluas manfaat Simpan SSPN kepada masyarakat Malaysia bersempena dengan Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun,” ujar kenyataan itu.

Mengekalkan tagline Jom Jadi Superhero Anak Anda, ia mengangkat idea dan kreativiti untuk merangsang daya imaginasi dan perkembangan fikiran kanak-kanak bagi meneroka ilmu dan pengalaman baharu serta menyerlahkan potensi mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Program C2C Bantu Lahir Graduan Bersaing Bersama PTPTN

Tema itu juga sangat signifikan dengan moto PTPTN “Peluang Kejayaan Anda” iaitu memenuhi impian anak-anak untuk mengecapi kejayaan dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan persediaan kewangan yang baik.

Turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada rakan strategik BMS 2024, penyampaian hadiah pemenang Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 Kategori Cabutan Siri WOW! Merdeka dan penyampaian hadiah pemenang Pertandingan Simpan SSPN Got Talent.

BMS 2024

Norliza (tiga dari kanan) menyerahkan replika kad berjumlah RM10,000 kepada pemenang utama Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 Kategori Cabutan Siri WOW! Merdeka

 

BMS 2024

Pemenang pertandingan Simpan SSPN Got Talent 2024 bergambar bersama Norliza

Sementara itu, buat julung kalinya PTPTN melancarkan lagu Simpan SSPN berjudul Terbang Tinggi yang melambangkan komitmen PTPTN dalam usaha menyuburkan amalan penabungan dalam kalangan masyarakat Malaysia sempena 20 tahun Simpan SSPN.

“Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, patuh syariah dan simpanan dijamin Kerajaan,” kata kenyataan tersebut.
Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd