Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Saya Tak Faham Bahasa Inggeris, Saya Tertipu…” Pelancong China Trauma Datang Malaysia

Pelancong China Trauma Datang Malaysia

Tular di media sosial, seorang pelancong dari China meluahkan rasa kesal ketika melancong di  Malaysia.

Menurut perkongsiannya melalui laman Xiaohongshu, pelancong memberitahu dia tidak akan melawat Malaysia lagi setelah berdepan dengan beberapa kesulitan.

Kongsinya, ketika di Malaysia, dia berdepan dengan kesukaran memahami loghat bahasa Inggeris ditutur oleh orang tempatan, selain papan tanda dalam Bahasa Mandarin juga tiada.

“Saya tidak faham bahasa Inggeris sangat, orang tempatan tidak menyebutnya dengan betul, saya tertipu dengan menganggap itu kereta bawah tanah yang murah, tetapi ia ternyata kereta api ekspres RM55 ,”   katanya.

Foto: Shutterstock

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kongsinya lagi, dia juga keliru mengenai pembelian tiket pengangkutan awam, KLIA Express di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dia menjangkakan tambang berjumlah RM8.50 seorang, merujuk kepada Transit KLIA, namun KLIA Express menawarkan perjalanan tanpa hentian ke Kuala Lumpur Sentral pada harga RM55 bagi setiap dewasa.

KLIA Transit merupakan perkhidmatan yang berbeza dengan KLIA Express, di mana tren akan berhenti di stesen perantaraan termasuk Putrajaya Sentral, dengan tambang yang lebih rendah.

Disebabkan dirinya yang tidak mengetahui sistem tiket berkenaan, dia kemudiannya meminta bantuan daripada kakitangan bagi menguruskan proses pembayaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, pelancong China itu terkejut setelah mendapati harga dua tiket KLIA Express keseluruhan mencecah RM110.

Berikutan kejadian ini, dia cuba mendapatkan bayaran balik tetapi tidak menemui kakitangan berbahasa Mandarin untuk membantunya.

“Kakitangannya tidak peduli,saya tidak dapat pulangan semula wang saya,” katanya lagi. 

Artikel lain: Bawa Skuter Elektrik Tengah Jalan Raya, Tindakan Pelancong Undang Kemarahan Netizen

Dia turut melaporkan kejadian itu kepada polis, dan diberitahu bahawa ia bukan perkara yang boleh mereka tangani.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya menghubungi polis tetapi mereka tidak datang, saya tidak akan datang ke Malaysia lagi,” ujarnya. 

Perkongsian pelancong wanita itu telah mencetuskan perdebatan dan menerima beberapa maklum balas di ruangan komen.

Sumber: Xiaohongshu lalisa

Written By Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen Malaysia dan Indonesia ‘berganding bahu’ apabila kedua-dua negara itu bersama-sama kecam rekaan poster yang dihasilkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Menerusi beberapa hantaran...

Politik

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) tanpa rundingan didakwa cetus rasa tak puas...

Lokal

Bermula Jumaat tahun depan, pemakaian baju kurung dan baju Melayu teluk belanga bersama Kain Benang Johor oleh penjawat awam sebagai baju kerja akan dilaksanakan....

Nasional

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing telah tampil memberi penjelasaan berhubung permohonan maaf kepada rakyat Jepun dan China adalah berkaitan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd