Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hakim Nasihat ‘Miza Ozawa’ Pulang Kampung Selepas Jalani Hukuman Penjara

Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi, Shahrul Rizal Majid menasihati ‘Miza Ozawa’ yang menjalankan aktiviti persundalan menerusi aplikasi Telegram supaya pulang ke kampung dan menjaga anak.

Menurut satu laporan Berita Harian, nasihat tersebut diberikan selepas beliau menjatuhkan hukuman penjara dua bulan terhadap Miza atau Siti Amiza Baharuddin setelah tertuduh mengekalkan pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan yang dikemukakan terhadapnya.

Foto: Kosmo! Online

“Jangan ikut perasaan dan nafsu, selepas ini balik kampung dan jaga anak,” katanya.

Beliau juga menasihati agar tertuduh yang berusia 27 tahun tidak mengikut perasaan dan nafsu serta menjadikan kes tersebut sebagai pengajaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, tertuduh dalam rayuannya memohon kepada mahkamah untuk mengenakan hukuman ringan ke atasnya dan tidak dikenakan hukuman penjara.

“Saya mengandung dan insaf perlakuan lama saya, dan mohon dikenakan hukuman denda dan bukan penjara.
“Saya berjanji tidak akan melakukan kesalahan terkutuk ini lagi dan mahu memulakan hidup baru, saya mahu menjaga anak ini selepas keguguran anak pertama, saya tidak boleh berada dalam penjara, boleh jadi mental dan tekanan,” katanya.

Terdahulu, dia yang juga penjual ubat kuat meminta denda minimum kerana sedang hamil enam bulan dan menghidap HIV.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Afiqah Abdul Ghaffar pula memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman penjara terhadap Siti Amiza dengan mengambil kira kepentingan awam dan kesalahan yang dilakukan membabitkan langganan persundalan.

Foto: Utusan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kesalahan yang dilakukan tertuduh tidak bermoral dan boleh meruntuhkan moral masyarakat selain meningkatkan penularan penyakit kelamin,” jelas beliau.

Untuk makluman, mahkamah telah memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh bermula Siti Amiza ditangkap, dimana hukuman itu berjalan serentak bersama hukuman penjara sebulan sebelum ini, iaitu pada 6 Jun lalu.

Sumber: Berita Harian (Suraya Roslan)

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sebanyak 13 ekor kuda di sebuah pusat latihan kuda yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Kampung Mengabang Panjang, Kuala Nerus yang...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) siasat satu video tular yang memaparkan beberapa individu turunkan bendera Jalur Gemilang dan menggantikannya dengan bendera Sabah dan Sarawak. Memetik...

Lokal

Restoran milik Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) masih beroperasi di United Kingdom walaupun kebanyakan perniagaannya telah ditutup di Malaysia. Foto: Facebook GISB...

Lokal

Khutbah Jumaat di semua surau dan masjid di Melaka mencetuskan konflik apabila slaid yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menampilkan gambar ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd