Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Penipuan Tanah Rizab Melayu: MB Perak Sedia Bantu Siasatan SPRM

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bersedia untuk memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan kes penipuan status Tanah Rizab Melayu seluas lebih 600 hektar pada tahun 2002.

Menurut satu laporan Buletin TV3, Saarani berkata demikian selepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Seri Azam Baki memaklumkan akan memanggil saksi-saksi untuk memberikan keterangan termasuk dikalangan Exco kerajaan negeri dan petugas pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak ketika itu.

Foto: Media Sosial

“Kalau mengikut kenyataan beliau (Tan Seri Azam), maka saya bersedia untuk memberikan kerjasama jika diperlukan. Saya telah berada dalam kepimpinan kerajaan negeri sebagai exco sejak 2004.
“Kalau ada keperluan bagi saya membantu siasatan, maka saya bersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Kedua Perak Sejahtera 2030 di Manjung, Perak hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu juga berkata, status Tanah Rizab Melayu tersebut masih kekal meskipun kini telah dimiliki oleh individu bukan Melayu.

Foto: Buletin TV3

“Tiada sebarang perubahan dari segi status tanah. Ia masih Tanah Rizab Melayu cuma pemilikannya itu oleh orang bukan melayu. Kerajaan negeri bagaimanapun giat membuat penambahan tanah rizab ini.
“Kalau dibincang soal mengambil balik tanah itu, saya percaya ia melibatkan soal perundangan,” jelas beliau.

Sementara itu, SPRM melaporkan bahawa siasatan berkenaan perkara tersebut akan diteruskan termasuklah menyiasat minit mesyuarat berkaitan sehingga membawa kepada kelulusan Exco kerajaan negeri.

Foto: Scoop

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di PTG Perak telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan menipu jabatan kerajaan negeri Perak yang membawa kepada pemecahan lot Tanah Rizab Melayu seluas 649.2 hektar di Sitiawan, Manjung, pada 12 tahun lalu.

Tertuduh, Rosli Che Mohamed yang berusia 64 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Sumber: Buletin TV3 (Kumaran Rajamoney)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi runut bunyi anime, Sayuri meninggal dunia 20 September lalu pada usia 28 tahun, hanya enam bulan selepas berkahwin dengan suaminya, Amaarashi. Menerusi satu...

Sosial

Seorang pegawai polis dari Thailand cakap Bahasa Melayu untuk menasihati rakyat Malaysia yang melawat negara itu sentiasa membawa lesen memandu tidak kira lesen memandu...

Spotlight

Baru-baru ini, pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad  menerima gelaran doktor honoris causa atau doktor kehormat dari Universal Institute of Professional Management (UIPM) di Thailand....

Lokal

Muhammad Amir Hakimi Sabari, anak kepada pesara Felcra, Sabari Baharom yang disyaki dibunuh dengan cara dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra akui kenal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd