Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Pukul OKU: 12 Individu Termasuk Suspek Dirakam Keterangan

Pihak Polis melaporkan telah merakam keterangan 12 individu berhubung kes pemandu e-hailing yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) mendakwa dipukul oleh seorang juruiring VVIP pada 28 Mei lalu.

Menerusi satu laporan Kosmo, Ketua Polis Negara Tan Seri Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah menghantar kertas pendakwaan mengenai kes berkenaan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan susulan.

 Foto: Kosmo

“Walaupun pengadu (mangsa) dalam kes ini telah menarik laporan polis namun hasil sambungan rakaman percakapan yang dijalankan mendapati pengadu masih berminat dan ingin meneruskan kes ini.
“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Ketua Bahagian Pendakwaan, pada pukul 8.30 pagi semalam, untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Razarudin juga berkata, hasil semakan yang dibuat pihak polis mendapati bahawa suspek yang terlibat tidak memiliki sebarang rekod kesalahan tatatertib sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, 12 individu yang sudah dirakam keterangan adalah mangsa lelaki OKU berusia 46 tahun, Orang Yang Di Syaki (OYDS) iaitu juruiring VVIP yang didakwa, pekerja hotel di lokasi kejadian berlaku, beberapa orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), anggota juruiring Pemangku Sultan Johor, rakan pengadu, doktor dan pengarah operasi Grab.

Foto: Berita Harian

Terdahulu, seorang pemandu e-hailing mendakwa telah diserang seorang pengiring kepada rombongan kenamaan ketika mengarahkan pemandu berkenaan mengalihkan kenderaannya di sebuah hotel di Brickfields, pada 28 Mei lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd. Isa dilaporkan berkata, kejadian tersebut berlaku akibat perselisihan faham dengan arahan pergerakan mengalihkan kenderaan dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo (Nur Alwani Zafirah Khairul)

Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd