Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dakwaan Terima Rasuah RM100,000, Anak Hamzah Zainudin Mengaku Tidak Bersalah

Anak kepada Setiausaha Agung BERSATU, Hamzah Zainudin mengaku tidak bersalah atas dakwaan menerima rasuah bernilai RM100,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Memetik laporan Malaysia Kini, Muhammad Faisal Hamzah didakwa menerima rasuah daripada Izmir Abd Hamid yang dipercayai bayaran untuk Heitech Padu Sdn Bhd (Heitech Padu) bagi melantik Syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd dan Syarikat Per My Solutions sebagai perunding pemasaran.

Foto: Utusan Malaysia

Difahamkan, kesalahan tersebut melibatkan pemberian tender bernilai RM33 juta dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia kepada Heitech Padu bagi penyediaan, penyewaan, pelaksanaan, latihan, dukungan dan pemeliharaan infrastruktur keselamatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tertuduh yang berusia 40 tahun itu telah melakukan kesalahan terbabit di sebuah pejabat di Publika Shopping Gallery yang bertempat di Jalan Dutamas 1 Kuala Lumpur pada Mac 2018.

Mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, Faisal boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda lima kali ganda nilai rasuah atau RM10,000 dimana lebih tinggi sekiranya didapati bersalah.

Foto: Sinar Harian

Walau bagaimanapun, sementara menunggu kes selesai, pihak mahkamah memerintahkan Faisal menyerahkan pasport sekali gus membenarkan dia dibebaskan dengan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ravinder Singh Dhalliwal merupakan peguam bela bagi tertuduh manakala Mahadi Abdul Jumaat selaku Timbalan Pendakwa Raya bagi kes ini.

Susulan itu juga, pihak mahkamah yang diketuai oleh Hakim Rozina Ayub telah menetapkan tarikh bagi sebutan semula kes ini pada 5 julai ini.

Sumber: Malaysia Kini (Hidir Reduan Abdul Rashid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa meluah rasa terkilan sambil menangis selepas mendapati anak perempuannya telah dinikahi dengan pengurus sekolah pondok anaknya tanpa izinnya. Memetika laporan tvonenews, bapa...

Sosial

Lagu rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu UiTM di Hatiku menjadi tular di media sosial selepas ia digunakan oleh pelajar-pelajar dari luar negara video...

Sukan

Atlet terjun negara, Bertrand Rhodict Lises dan atlet sukan layar, Nur Shazrin Mohamad Latif diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang dalam upacara perasmian temasya...

Bisnes

Platform pembayaran e-dompet dan dalam talian, TNG Digital (TNGD) bersama CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) mengumumkan satu lagi skop pelaburan, e-Mas yang merupakan pelaburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd