Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MTHQK 2024: Mohamad Husaini, Nor Hidayah Dinobat Sebagai Johan Tilawah Al-Quran

Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) bagi tahun 1445 Hijrah bersamaan dengan 2024 Masihi telah melabuhkan tirai selepas mengumumkan barisan pemenangnya semalam.

Menerusi satu laporan Berita Harian, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Hakimah Mohd Yusoff dilaporkan mengumumkan semua pemenang di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang malam tadi.

 Foto: FB JAKIM

“Qari dari Negeri Sembilan Mohamad Husaini Mahmur malam tadi dinobatkan sebagai johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi manakala Nor Hidayah Abd Rahman dari Terengganu diumum sebagai Johan Menunggu bagi kategori Qariah.
“Muhammad Husaini dan Nor Hidayah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan ibadah haji, piala, cenderamata serta sijil,” katanya.

 Foto: FB JAKIM

Selain itu, turut diumumkan Naib Johan bagi kategori Qari dimenangi Abdul Hadi Che Ab Halim dari Terengganu, manakala Nadhrah Ahmad Marzuki dari Negeri Sembilan pula sebagai Naib Johan Qariah dan masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000 dan RM10,000 untuk menunaikan ibadah haji, piala, cenderamata serta sijil.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tempat ketiga dimenangi Mohamad Syaheed Sabri, qari dari Pahang dan qariah dari Terengganu Nor Jannah Ab Rahman yang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan RM10,000 untuk menunaikan ibadah haji, piala, cenderamata serta sijil,” ujarnya lagi.

Selain itu, turut dilaporkan barisan pemenang bagi acara hafazan Al-Quran, iaitu antaranya kategori hafazan 30 juzuk berserta tafsir bagi Hafiz dan Hafizah dimenangi oleh Muhammad Rifae’i Mat Zuki dan Putri Aminah Mohd Hanif.

 Foto: FB JAKIM

“Bagi hafazan 20 juzuk, Muhammad Asyraf Amir dari Johor dan Fatihatul Badriyah Mohd Abd Latif Hilmi dari Selangor dinobatkan sebagai pemenang.
“Kategori hafazan 10 juzuk pula menyaksikan peserta Melaka Abdullah Afif Mohd Ariffin dan Aisyah Nabihah Noor Hisham dari Negeri Sembilan diumum sebagai pemenang manakala johan keseluruhan tahun ini disandang oleh Negeri Sembilan,” tambahnya lagi.

Sementara itu, turut dilaporkan Majlis Perasmian Penutupan MTHQK itu telah disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

 Foto: FB JAKIM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, MTHQK 2024 merupakan sebuah program anjuran JAKIM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang, menampilkan seramai 110 peserta dari seluruh negara dan telah berlangsung selama enam hari yang bermula pada 23 Mei sehingga 28 Mei 2024.

Sumber: Berita Harian

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa meluah rasa terkilan sambil menangis selepas mendapati anak perempuannya telah dinikahi dengan pengurus sekolah pondok anaknya tanpa izinnya. Memetika laporan tvonenews, bapa...

Sosial

Lagu rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu UiTM di Hatiku menjadi tular di media sosial selepas ia digunakan oleh pelajar-pelajar dari luar negara video...

Sukan

Atlet terjun negara, Bertrand Rhodict Lises dan atlet sukan layar, Nur Shazrin Mohamad Latif diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang dalam upacara perasmian temasya...

Bisnes

Platform pembayaran e-dompet dan dalam talian, TNG Digital (TNGD) bersama CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) mengumumkan satu lagi skop pelaburan, e-Mas yang merupakan pelaburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd