Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ceroboh Hutan Simpan Ayer Itam Tanpa Permit, 75 Individu Ditahan Pihak Berkuasa

Seramai 75 individu ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan Hutan (Ops Jejak 2) kerana didapati memasuki Hutan Simpan Ayer Itam, Selangor tanpa permit sah, pada Ahad.

Menurut laporan Berita Harian, operasi bermula jam 11 pagi itu dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Eco Park dan Taman Negeri, Jabatan Perhutanan Selangor dengan kerjasama Pejabat Hutan Daerah Selangor, Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Balai Polis Puchong Jaya.

hutan simpan

Foto: Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kesemua mereka ditahan selepas dikesan memasuki kawasan hutan simpan kekal dari Bukit Wawasan, Puchong, tanpa memiliki Borang 6 iaitu permit sah di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.

Artikel lain: Ceroboh Tapak Cadangan Masjid Baru Dengkil, Binaan Haram Selesai Diroboh PDT Sepang

“Mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut. Kes disiasat oleh Jabatan Perhutanan Selangor mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1985 kerana memasuki hutan simpan kekal tanpa kebenaran,” katanya.

Beliau memakluman semua yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan oleh pihak Jabatan Perhutanan Selangor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

hutan simpan

Dalam pada itu, Muhamad Farid menegaskan kawasan Hutan Simpan Ayer Itam tidak dibuka untuk aktiviti riadah kerana ia telah diwartakan khusus bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan oleh Bahagian Perhutanan UPM.

“Orang awam hanya dibenarkan menggunakan Trek Hutan 1 sepanjang 2.8 kilometer dengan pintu masuk dan keluar di kaki Bukit Wawasan, Pusat Bandar Puchong, seperti diputuskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke-32/2012,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian (Nor Azizah Mokhtar)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Nasional

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada tahap kesiagaan dan profesionalisme anggotanya, malah sokongan ahli keluarga dan jaringan hubungan erat dengan komuniti...

Sosial

Terdahulu tular sebuah video podcast di mana seorang individu bernama DMA Islam menyatakan bahawa tugas wanita selepas berkahwin hanyalah membuka ruang untuk suami dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd