Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 menunjukkan peningakatan yang luar biasa setelah melakar pencapaian terbaik sejak 2013 dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.49, berbanding 4.60 pada 2023.
MRSM cipta keputusan SPM luar biasa
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa gembira dengan pencapaian cemerlang hasil usaha kesemua pelajar SPM pada tahun 2024 lalu.
“Saya mengucapkan tahniah kepada semua calon SPM 2024 yang telah menerima keputusan hari ini, dengan pencapaian yang amat membanggakan, termasuk peningkatan bilangan pelajar cemerlang dan Gred Purata Kebangsaan terbaik sejak 2013.
“Keputusan ini mencerminkan kecemerlangan dan dedikasi para pelajar yang telah berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang tanpa berputus asa beserta pengorbanan dan sokongan berterusan dari ibu bapa serta para pendidik,” kata Zahid dalam satu kenyataan media hari ini.

“Saya turut berbangga apabila pencapaian seramai 7,650 calon SPM dari kesemua 55 MRSM. Gred purata (GP) oleh calon SPM daripada MRSM telah meningkat kepada 1.892 berbanding 2.392 pada tahun lalu.
“Analisis Keputusan SPM 2024 menunjukkan bilangan calon memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2024 meningkat kepada 14,179 atau 3.7 peratus, berbanding 11,713 calon pada 2023.
“Tahun ini sebanyak 10 MRSM telah mencatatkan prestasi cemerlang dengan GP di bawah 1.50 berbanding hanya 1 MRSM pada tahun lalu. Manakala, 31 MRSM mencatatkan pencapaian luar biasa dengan GP di bawah 2.00 berbanding hanya 9 MRSM sahaja pada tahun lalu.
“Seramai 1,670 daripada 7,650 pelajar MRSM iaitu 21.83% memperoleh gred semua A (A+, A dan A-). Jumlah ini menunjukkan peningkatan berbanding 1,131 pelajar pada SPM 2023,” ujarnya.

“Selain laluan akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Kerajaan turut menyediakan jalur pendidikan melalui TVET yang kini diiktiraf sebagai pemacu utama pembangunan negara.
“TVET bukan sahaja berperanan memperkasakan modal insan, tetapi juga membina asas kukuh kepada ekonomi berpendapatan tinggi yang bergantung kepada tenaga kerja mahir dan kompeten.
“Saya komited untuk memastikan agenda TVET diangkat sebagai salah satu aliran pendidikan utama, bukan sekadar pilihan alternatif bagi mereka yang kurang cemerlang dalam akademik dan telah menyediakan saluran UP_TVET sebagai platform rasmi bagi memohon dan melanjutkan pengajian dalam bidang ini,” tambahnya lagi.
Artikel lain: SPM 2024: Pelajar Peluk Guard Sekolah, Tak Lupa Ucap Terima Kasih
