Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MPP UPM Beri Penjelasan Dakwaan Aktiviti ‘Mobile Legends’ Berlaku Dalam Masjid Kampus

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) meluahkan rasa kesal terhadap penyebaran video yang memaparkan dakwaan tidak berasas kononnya masjid kampus dijadikan lokasi karnival permainan video Mobile Legends (ML) dan terdapat dua jenazah menunggu untuk disolatkan ketika aktiviti itu berlangsung.

Yang Dipertua MPP UPM, Umar Akhtar Ab Malek menegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak benar dan telah menimbulkan salah faham terhadap pengurusan masjid serta Pusat Islam UPM secara keseluruhan.

“Berdasarkan maklumat rasmi, pihak penganjur telah dimaklumkan sejak awal bahawa penggunaan ruang solat adalah tidak dibenarkan, dan hanya Bilik Smart Classroom dibenarkan untuk digunakan.
“Akan tetapi, atas kekangan ruang semasa aktiviti berlangsung, lokasi program telah dipindahkan ke kawasan luar bilik tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MPP UPM turut menegaskan bahawa tiada sebarang jenazah berada di lokasi program ketika aktiviti dijalankan.

Jenazah yang dimaksudkan hanya tiba setelah aktiviti dihentikan serta-merta sebagai tanda hormat terhadap situasi tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kenyataan di media sosial, Umar turut menyatakan komitmen mereka dalam menyokong penganjuran aktiviti pelajar yang bersifat mendidik dan inklusif, termasuk yang dianjurkan di sekitar institusi keagamaan seperti masjid.

“Usaha pelajar untuk menganjurkan program di persekitaran masjid adalah langkah positif dalam mendekatkan anak muda dengan institusi keagamaan. Masjid merupakan pusat pembangunan sahsiah dan rohani yang sewajarnya dimanfaatkan dengan penuh adab dan tanggungjawab,” ujarnya.

MPP UPM menegaskan bahawa video yang tular itu mengandungi maklumat yang tidak sahih dan telah mencemarkan nama baik universiti serta pihak masjid.

Mereka turut mengakui bahawa penganjur perlu bertanggungjawab terhadap pelanggaran garis panduan yang telah ditetapkan, walaupun aktiviti itu tidak berlangsung dalam ruang solat seperti yang didakwa.

“Saya juga ingin mengingatkan seluruh warga UPM serta masyarakat luar agar lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang kandungan ke media sosial.
“Pastikan setiap perkongsian adalah berdasarkan fakta yang sahih dan bukan bersifat tuduhan atau spekulasi yang boleh mengundang fitnah serta mencemarkan nama baik institusi.
“Siasatan serta pengesahan maklumat seharusnya dilakukan terlebih dahulu bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak tepat,” jelasnya.

Foto: TT _nabilahhassan

Sebagai wakil pelajar, MPP UPM akan terus cakna dan bertanggungjawab dalam memantau serta menyokong inisiatif pelajar sama ada di dalam atau di luar kampus.

“MPP UPM komited untuk memastikan keharmonian, profesionalisme dan nama baik UPM sentiasa terpelihara,” tulisnya.

Sumber: Instagram (mppupm_official)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd