Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Misteri Bau Busuk Empat Hari Terungkai, Mayat Jiran Ditemui Terbaring Dalam Rumah

Misteri Bau Busuk Empat Hari Terungkai

Bau busuk yang menyelubungi kawasan perumahan sejak empat hari lalu akhirnya membawa kepada penemuan mayat seorang wanita warga emas di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Pandan Indah, di sini, pada Jumaat.

Mangsa berusia 76 tahun ditemui dalam keadaan terbaring dan ditutupi rapi di dalam rumah berkenaan sekitar jam 6.26 petang.

Seorang jiran, yang hanya mahu dikenali sebagai Along, 34, berkata bau busuk itu mula dihidu sebaik dia pulang ke ibu kota selepas menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung.

Menurut Along, rumah beliau dan bapanya terletak bersebelahan dengan rumah mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bukan saya sahaja yang menghidu bau itu, malah jiran lain juga ada memaklumkan perkara sama.
“Mereka juga beritahu bahawa anak mangsa tidak kelihatan pulang ke rumah, namun pada awalnya kami menyangka anaknya akan balik kemudian.
“Namun, selepas tiga hari bau menjadi semakin kuat,” katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Misteri Bau Busuk Empat Hari Terungkai

Tambahnya, dia bersama ayah dan jiran-jiran lain mengambil keputusan memeriksa kawasan sekitar rumah mangsa dan mendapati pintu pagar tidak berkunci.

“Kami cuba mencari punca bau, sangka mungkin bangkai tikus, tetapi tidak jumpa. Kami kemudian buka pintu rumah – yang juga tidak berkunci – dan ternampak wanita warga emas itu sudah terbaring serta ditutupi rapi,” jelasnya.

Along memaklumkan, warga emas tersebut tinggal bersama anak bongsu lelakinya dan kebiasaannya akan meminta makanan daripada jiran sekiranya lapar sementara menunggu anaknya pulang.

“Selepas menemui mayatnya, saya segera menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian,” katanya.

Artikel lain: Polis Sahkan Mayat Di Bangsar Milik Jordan Michael, Lelaki UK Dilapor Hilang

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat wanita warga emas berkenaan pada jam 6.30 petang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 5 petang, Sabtu, bagi menentukan punca kematian.

Sumber: Sinar Harian (Mohamad Hisyamuddin Ayub)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd