Malaysia Airlines mengesahkan dua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah terpaksa berpatah balik dan dilencongkan susulan peningkatan risiko ruang udara.
Syarikat penerbangan itu memaklumkan, penerbangan MH160 dari Kuala Lumpur ke Doha (KUL-DOH) dan MH156 dari Kuala Lumpur ke Jeddah (KUL-JED) pada 27 Februari lalu telah berpatah balik ke Kuala Lumpur sebelum dilencongkan ke Chennai.
MH160 & MH156 Berpatah Balik
Menurut Malaysia Airlines dalam satu kenyataan pada Sabtu, keputusan tersebut dibuat selepas menerima makluman semasa penerbangan mengenai peningkatan risiko ruang udara.
Tindakan itu, katanya, dilaksanakan selaras dengan protokol lencongan kawasan konflik yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan operasi penerbangan.
Kedua-dua penerbangan tersebut kini dilaporkan telah selamat kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL).
“Penumpang yang terjejas diberikan bantuan dengan mengatur penerbangan alternatif dan penginapan hotel, jika perlu,” katanya.
Artikel lain: Selepas 12 Tahun Hilang, MH370 Kembali Dicari Di Lautan Hindi
Tegasnya, keselamatan penumpang dan kru penerbangan sentiasa menjadi keutamaan utama syarikat itu.
Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.










































