Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MCMC Kenal Pasti Suspek Menyamar Doktor Bedah Zara Qairina

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya mengenal pasti individu yang menyamar sebagai doktor bedah dalam proses bedah siasat kematian Allahyarhamah Zara Qairina.

Supsek berjaya dikenal pasti

mcmc Kenal pasti supsek 

Foto: Kosmo

Menurut MCMC, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa suspek bukan seorang pakar patologi dan polis juga telah mengambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi serta peranti komunikasinya dirampas bagi tujuan analisis siasatan lanjut.

“Suspek dikesan berdekatan Kota Damansara lewat malam semalam, hasil maklumat daripada rakaman keterangan dua individu lain yang menyertai siaran langsung TikTok di akaun berkenaan.
“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk proses merakam keterangan,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Dalam pada itu, MCMC menegaskan  bahawa penyebaran maklumat palsu mengenai isu sensitif seperti kematian, tragedi atau mangsa nahas adalah satu kesalahan serius yang boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa, mengelirukan orang ramai dan mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Foto: liveatpc

Artikel lain: MCMC Peroleh Perintah Injuksi Interim Terhadap Edisi Siasat, Edisi Khas

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Untuk info, kes disiasat oleh polis di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta 588.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook MCMC

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Nasional

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada tahap kesiagaan dan profesionalisme anggotanya, malah sokongan ahli keluarga dan jaringan hubungan erat dengan komuniti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd