Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Tahniah! Malaysia Cipta Sejarah Di Piala Dunia Dart 2025, Tundukkan Kanada 4-1

Malaysia Cipta Sejarah

Pasukan Dart Kebangsaan Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat kemenangan sulung dalam penampilan mereka di pentas Piala Dunia Dart 2025.

Malaysia membuka kempen dengan penuh bergaya selepas menundukkan Kanada 4-1 dalam aksi Kumpulan F yang berlangsung di Eissporthalle Frankfurt, Jerman pada Khamis, lapor Sky Sports.

Malaysia Cipta Sejarah Di Piala Dunia Dart 2025

Gandingan mantap Tengku Shah dan Tan Jenn Ming dilihat memberi saingan hebat kepada Kanada yang juga pilihan ke 10 kejohanan, sekali gus menghadiahkan kemenangan pertama negara dalam sejarah penyertaan di kejohanan berprestij itu.

“Malaysia menundukkan Kanada dengan keputusan meyakinkan 4-1,” lapor Sky Sports.

Artikel lain: Harimau Malaya Rancang Lawan Gergasi Dunia, Mahu Tingkat Prestasi Sebelum Piala Asia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejayaan itu meletakkan Malaysia di kedudukan teratas kumpulan dan bakal berdepan Denmark pada aksi kedua kumpulan yang dijadual berlangsung malam Jumaat waktu tempatan.

Denmark merupakan satu lagi pasukan dalam kumpulan yang terdiri daripada tiga negara. Setiap juara kumpulan akan layak secara automatik ke pusingan 16 terbaik.

Sebanyak 36 negara bersaing dalam kejohanan ini, dengan empat pasukan pilihan utama termasuk England, Wales, Scotland dan Ireland Utara diberikan laluan terus ke pusingan kedua. England selaku juara bertahan dijangka memulakan aksi pada Sabtu.

Malaysia kini berpeluang cerah untuk mara sekiranya berjaya mengekalkan prestasi cemerlang menentang Denmark. Pusingan kedua akan berlangsung Sabtu, disusuli suku akhir dan separuh akhir sebelum pentas final pada Ahad, 15 Jun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sky Sports, FB Professional Darts Corporation

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd