Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Luqman Hakim Pulang Malaysia, Sertai Kelab Negeri Sembilan

Luqman Hakim sertai kelab Negeri Sembilan

Negeri Sembilan FC (NSFC) menampilkan penyerang baharunya iaitu Luqman Hakim Shamsudin bagi merancakkan lagi cabaran skuad Hoben Jang Hoben dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2025/26.

Luqman Hakim sertai kelab Negeri Sembilan

Luqman Hakim sertai kelab Negeri Sembilan

Kepulangan pemain lincah itu memberikan satu nilai tambah buat kelab tersebut malah menjadi satu amaran awal kebangkitan skuad Rusa sekali gus menjadi nafas baharu kepada seluruh penyokong Hoben Jang Hoben.

“Berasal dari Kota Bharu, Kelantan, penyerang yang bertinggian 170cm ini memilih untuk kembali bangkit bersama skuad The Jangs setelah 5 tahun berkelana di bumi asing.
“Berusia 23 tahun, Luqman menyertai KV Kortrijk (Belgium) pada 2019, kemudian dipinjamkan ke Njardvik (Iceland) pada 2023 dan Yokohama SCC (Jepun) pada tahun lalu.
“Pastinya musim ini, pemain yang boleh bermain di sayap dan bahagian serangan ini mahu membuktikan sesuatu buat #SekalianYangSetia,” terang kenyataan di Facebook itu.

Luqman Hakim sertai kelab Negeri Sembilan

Dalam pada itu, kehadiran jurulatih baharu, Mohd Nidzam Jamil, pastinya sedikit sebanyak mampu membawa satu pembaharuan dan merancakkan lagi corak permainan kelab tersebut.

Artikel lain: Lebih Sedekad Tabur Bakti, Safiq Rahim & Farizal Marlias Antara Pemain Tinggalkan JDT

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Luqman yang mula menempa nama dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) merupakan penjaring gol terbanyak AFC U-16 pada 2018 dan pernah disenaraikan antara 60 bakat muda terbaik dunia oleh The Guardian.

Difahamkan, Luqman juga bakal bergandingan bersama beberapa pemain hebat seperti Ahmad Khuzaimi Piee dan Muhd Azri Abd Ghani yang menjadi tunjang utama kepada pembangunan bakat muda dalam kelab tersebut.

Sumber: Facebook Negeri Sembilan Football Club

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pemergian 15 penuntut UPSI dalam nahas menyayat hati di Gerik, Perak baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Pemandu van kongsi pengalaman...

Lokal

Kediaman seorang individu bergelar Tan Sri yang dikaitkan dengan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang dilaporkan dikawal ketat oleh polis...

Sosial

Seorang lelaki yang dipercayai guru tampil memohon maaf melalui laman Facebook miliknya selepas menerima kritikan hebat susulan satu kenyataan yang dimuat naik berkaitan pelajar...

Sosial

Bapa kepada Nurly Shahirah Azman, 23, yang merupakan salah seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang terkorban dalam nahas bas di Gerik, Perak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd