Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Lihat Kasut Murid Sudah Lusuh, Menteri Agama Terus Hulur Duit Minta Beli Baru

Menteri Agama terus hulur duit minta seorang murid Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abdullah Ibn Abbas membeli kasut baru selepas lihat kasut murid sudah lusuh dan talinya telah terputus.

Pengalaman menyentuh hati itu telah dikongsikan oleh Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar di media sosial sewaktu lawatan tersebut.

@dsdrnaim

Replying to @shfatom60Sewaktu turun padang meninjau Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abdullah Ibn Abbas, saya lihat ada kasut seorang pelajar ini agak lusuh dan sudah terputus tali kasutnya. Saya beri duit kepada anakanda tersebut agar dibeli kasut baharu. Moga anakanda ini berjaya dalam pelajaran. Jadi anak soleh. #MenteriAgama #MalaysiaMadani #MadaniBekerja #KalimahTayyibah #KerajaanPerpaduan #PelanAlFalah #AlFalah

♬ A song with a moist and calm atmosphere(1013287) – inakome

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lihat kasut murid sudah lusuh di rak kasut

Dapat dilihat beliau mengambil kasut murid tersebut dari rak kasut diluar sebelum membawanya ke dalam kelas dan bertanya ia milik siapa.

Susulan daripada itu, seorang murid telah tampil dan mereka sempat berbual sebelum Dr. Naim menghulurkan wang tunai kepadanya untuk memberi kasut baharu.

Menteri terus hulur duit minta beli baru lepas lihat kasut murid sudah lusuh

Dalam posting berkenaan, beliau telah meluahkan harapan agar pelajar berkenaan terus cemerlang dalam akademik dan menjadi anak yang soleh.

Tindakan kecil ini mungkin nampak biasa, tetapi bagi pelajar tersebut pastinya memberi makna yang besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pakaian Seragam Sekolah Bentuk Jati Diri Murid

Netizen tersentuh, puji sikap prihatin

Perkongsian ini mendapat reaksi positif daripada orang ramai yang memuji keprihatinan individu tersebut dalam membantu pelajar yang kurang berkemampuan.

Lihat Kasut Murid Sudah Lusuh

Suka dengar cara bercakap dengan murid

Bukan semua orang senang

Semoga lebih ramai insan berhati mulia seperti ini yang sudi membantu mereka yang memerlukan. Kadang-kadang, satu pertolongan kecil mampu memberi impak besar dalam kehidupan seseorang.

Sumber: TikTok Dato’ Setia Dr Naim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Lokal

Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan, hari ini menafikan dakwaan memakai jam tangan mewah berjenama Patek Philippe yang didakwa bernilai ratusan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd