Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Libatkan 1,200 Peserta, Inisiatif Jelajah Belia Rukun Negara Bermula Julai Ini

Kementerian Perpaduan Negara mengumumkan Inisiatif Jelajah Belia Rukun Negara akan digerakkan bermula Julai hingga Disember inidi seluruh negara.

Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata,  program itu melibatkan 1,200 peserta dengan terdiri aktiviti seperti Bicara Rukun Negara: Menjiwai Rukun Negara, Pemekaan Rukun Negara serta Interaktif dan Inovasi Penghayatan Rukun Negara.

“Saya berharap agar program ini berjaya menghasilkan idea dan gagasan baharu yang membawa kebaikan kepada negara dan terus bersama sama melipatgandakan usaha membudayakan perpaduan dan meraikan kepelbagaian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara 2024 bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam, hari ini.

Program Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara pada tahun ini mengangkat tema “Menjiwai Rukun Negara”, bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan penghayatan terhadap nilai-nilai Rukun Negara dalam kalangan generasi muda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KPN melihat matlamat utama program ini termasuk membentuk pemikiran holistik mahasiswa, mempromosikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan, memperkuat semangat perpaduan melalui debat, dan meningkatkan pemahaman terhadap kepelbagaian etnik, agama, dan budaya. 

“Pelaksanaan Debat Perpaduan juga selari dengan komitmen dan objektif Dasar Perpaduan Negara dalam memupuk dan mengukuh perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.
“Saya dimaklumkan bahawa seramai 200 pembahas melibatkan 50 pasukan telah sertai pertandingan debat ini. Tahniah kepada semua pasukan atas kesungguhan dan semangat yang telah ditunjukkan,” ujarnya.

Sementara itu, Aaron menjelaskan bahawa Dasar Perpaduan Negara (DPN) merupakan dasar payung yang melakarkan usaha berterusan bagi memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian digunakan untuk melestarikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. Dasar ini menetapkan hala tuju perpaduan negara dan bertindak sebagai pemangkin bagi pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara yang harmoni,” jelasnya.

Dalam pada itu, Debat Perpaduan ini ditunjangi oleh beberapa rakan strategik yang menjayakan program ini iaitu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), semua Institut Pendidikan Tinggi yang terlibat, semua Sekretariat Rukun Negara, Rakan Strategik Perpaduan dan Rakan Media Perpaduan.

Johan dimiliki oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), tempat kedua diraih Universiti Malaya (UM), Universiti Utara Malaysia (UUM) pula di tempat ketiga dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di tempat keempat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Lokal

Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan, hari ini menafikan dakwaan memakai jam tangan mewah berjenama Patek Philippe yang didakwa bernilai ratusan...

Sukan

Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, mencuri perhatian ramai apabila memilih untuk bertutur dalam Bahasa Melayu ketika ditemu bual...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd