Tular di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas berusia 91 tahun menyertai larian sehingga menarik perhatian warganet.
Menerusi video berdurasi 22 saat yang dimuat naik pengguna TikTok Seremban Page, jelas kelihatan lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Uncle Ong Kim Hwa menamatkan larian 10 kilometer dalam acara PJ Half Marathon 2025 dengan masa 1 jam 46 minit.
Lelaki Warga Emas Berjaya Tamatkan Larian 10KM
Kejayaan beliau mencuri tumpuan ramai kerana usianya yang lanjut, namun semangat dan tenaga yang ditunjukkan tidak menampakkan sebarang kelemahan.
Apabila ditanya oleh wartawan sama ada beliau menghadapi kesukaran sepanjang larian, Uncle Ong dengan tenang dan lantang menjawab, “No, very good, very good.”
Suaranya yang kuat, bertenaga dan stabil mencerminkan tahap fizikalnya yang luar biasa pada usia 91 tahun.
Uncle Ong, yang berasal dari Seremban, juga dilaporkan sudah mula merancang untuk menyertai larian seterusnya di Kepong.
Artikel lain: Kakak Naga Terharu Rezeki Melimpah, Dulu Ditipu Kini Jadi Fenomena TikTok
Sifat positif yang ditunjukkan oleh beliau jelas menunjukkan bahawa usia bukan penghalang untuk kekal aktif dan mengekalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.
Perkongsian itu telah mendapat perhatian warganet dan ramai yang memuji semangat dan dedikasi Uncle Ong.
Rakaman video tersebut kini menjadi inspirasi, khususnya kepada generasi muda dan warga emas, untuk mengekalkan kecergasan dan tidak berputus asa walaupun berada pada usia lanjut.
Sumber: TikTok Seremban Page
