Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Lelaki Dakwa Pemandu Bas Cuba Himpit, Tendang Rakan Ketika Aktiviti Berbasikal

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di Bestari Jaya, Kuala Selangor pada pagi Ahad.

Menerusi satu video berdurasi lebih satu minit yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @spaceramenn (slmanfrish), insiden itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.35 pagi ketika mereka sedang melakukan aktiviti berbasikal secara berkumpulan di laluan kanan jalan.

PEMANDU BAS

Foto: TT @spaceramenn

Menurut Slman, mereka terdiri daripada kira-kira 30 orang penunggang basikal yang sedang berkayuh seperti biasa sebelum dikejutkan dengan tindakan pemandu bas RapidKL yang didakwa sengaja menghampiri mereka secara berbahaya.

“Pemandu bas tersebut tiba-tiba menghimpit ke arah kiri seolah-olah cuba melanggar kami, padahal lorong kanan ketika itu masih kosong dan mempunyai banyak ruang,” katanya.
PEMANDU BAS

Foto: TT @spaceramenn

Tambahnya lagi, salah seorang daripada penunggang hampir menjadi mangsa rempuhan bas terbabit sebelum pemandu itu kembali menukar lorong ke kanan.

Artikel lain: Pelancong China Dakwa Pemandu Bas Main Game Ketika Memandu Dari KL Ke Butterworth

Namun situasi menjadi lebih tegang apabila pemandu bas berkenaan dikatakan memberhentikan kenderaannya di tepi jalan dan turun dari bas dalam keadaan marah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dia turun dari bas dan kelihatan seolah-olah cuba menendang salah seorang daripada kami. Tindakannya yang agresif membuatkan kami berpatah balik untuk bertanya dengan apa sebenarnya yang berlaku.” ujarnya.
PEMANDU BAS

Foto: TT @spaceramenn

Apa yang lebih mengejutkan, Slman turut mendakwa pemandu terbabit telah melakukan perkara yang sama terhadap penunggang basikal lain pada awal pagi yang sama.

Insiden itu turut menarik perhatian seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang kebetulan berada di seberang jalan. Melihatkan keadaan yang semakin tegang, pegawai tersebut segera menghampiri mereka.

 

Namun, sebaik sahaja menyedari kehadiran pegawai JPJ tersebut, pemandu bas berkenaan dilaporkan terus meninggalkan lokasi kejadian.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak RapidKL mahupun JPJ berhubung kejadian tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rakaman video insiden itu kini tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Sumber: TikTok @spaceramen (slmanfrish)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Sosial

Seorang wanita warga Malaysia masih trauma selepas melalui detik mencemaskan apabila pesawat Batik Air yang dinaikinya hampir tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd