Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bukan Dijual Semula! Pemilik Jelaskan Lebihan Makanan Dibasuh Untuk Haiwan

Lebihan Makanan Dibasuh Untuk Haiwan

Lebihan Makanan Dibasuh Untuk Haiwan!

Pemilik restoran RB Nasi Kandar, Datuk Fadzil A Bakar, menafikan dakwaan bahawa premisnya di Kemayan Square membasuh lebihan makanan untuk dijual semula kepada pelanggan.

Tegas beliau, makanan itu sebenarnya diberikan kepada pencinta haiwan.

“Kalau buat macam mana sekalipun, makanan itu akan cepat rosak dan pelanggan boleh mengesannya. Kita bukan baharu dalam bidang ini.
“Mungkin ada pemilik restoran lain yang mengitar semula makanan, tetapi kita tidak pernah buat macam itu,” katanya, semalam.

Lebihan Makanan Dibasuh Untuk Haiwan

Menurut Fadzil, sejak tiga tahun lalu, pencinta haiwan sering datang ke restoran berkenaan untuk mengambil lebihan makanan bagi diberikan kepada haiwan liar seperti kucing, burung dan tikus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Proses membasuh dilakukan bagi memastikan makanan tidak berminyak dan mengelakkan haiwan terkena penyakit.

Beliau turut menjelaskan kekeliruan timbul apabila seorang pekerja warga asing yang baru bekerja di restoran itu memberikan penerangan salah kepada pihak perakam video tular.

“Saya rasa pekerja kami warga Pakistan itu pun mungkin kurang faham apa yang dipersoalkan oleh perakam video dan telah memberi penerangan yang salah dengan mengatakan ia dibasuh untuk digunakan semula sedangkan ia sebenarnya untuk diberikan kepada haiwan,” jelasnya.

Tegasnya, kebersihan premis dan penyediaan makanan adalah perkara paling penting dan sentiasa diberi perhatian. Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat sesetengah pekerja warga asing yang kurang menitikberatkan perkara itu.

“Kita memang pandang serius soal kebersihan dan jika premis dikenakan kompaun disebabkan ada pekerja tak pakai apron atau pakai selipar, kita akan menolak gaji pekerja tersebut kerana tak ikut peraturan.
“Saya ada 14 restoran dan ini kali pertama berdepan isu sebegini,” katanya.

Mengulas video tular, Fadzil berkata tindakan individu merakam dan menyebarkan tanpa berbincang terlebih dahulu telah menjejaskan reputasi perniagaannya.

Beliau akur dengan siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah membuat laporan polis terhadap penyebar video, serta tidak menolak tindakan undang-undang terhadap perakamnya.

Artikel lain: Tular Cuci Sisa Makanan Untuk Dimasak Semula, Restoran Diarah Tutup 14 Hari

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan telah mengeluarkan notis penutupan premis berkuat kuasa 3 hingga 17 Februari di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan pengeluaran notis kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Pempengaruh dan doktor terkenal, Dr Malar mengecam keras penjualan arak di premis terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu. Menerusi hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd