Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Langgar Suami Isteri: Hukuman Penjara Pemandu Nissan Navara Dinaikkan Kepada Enam Bulan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin memutuskan untuk hukuman penjara terhadap seorang jurujual alat ganti kereta, K Darmaraju, 32, dinaikkan daripada 30 hari kepada enam bulan selepas didapati bersalah memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan yang mencederakan sepasang suami isteri.

Menurut laporan Sinar Harian, keputusan itu dibuat oleh Hakim K Muniandy selepas mendengar hujahan semakan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan berhubung hukuman yang sebelum ini dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman berhujan bahawa hukman asal iaitu penjara selama 30 hari adalah terlalu ringan jika dibandingkan dengan kecacatan kekal yang dialami oleh mangsa, selain mereka bergantung nyawa kepada rawatan dan bantuan ahli keluarga sepanjang hayat.

Foto: Sinar Harian

Dalam prosiding itu, peguan S Vinesh dan T Daneish yang mewakili tertuduh memohon agar keputusan Mahkamah Majistret dikekalkan, namun mahkamah menolak permohonan tersebut.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku pada 10 Mei lalu kira-kira jam 2.30 petang di Lebuhraya Utara–Selatan menghala ke pusat bandar berhampiran Plaza Tol Duta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika itu, mangsa yang menaiki motosikal di lorong kiri dirempuh oleh kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang dipandu tertuduh secara melulu dan tidak selamat dan tindakan tertuduh memotong secara berbahaya menyebabkan kemalangan dan kecederaan serius kepada kedua-dua mangsa.

Lebih mengejutkan, tertuduh turut melarikan diri dari tempat kejadian tanpa memberikan sebarang bantuan.

Pada 14 Mei lalu, tertuduh mengaku bersalah atas satu pertuduhan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dijatuhi hukuman penjara 30 hari serta denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret.

Mahkamah turut memerintahkan lesen memandu tertuduh dibatalkan dan beliau hilang kelayakan untuk memiliki lesen selama lima tahun dan jika gagal membayar denda tersebut, tertuduh akan dikenakan tambahan hukuman penjara selama 12 bulan, serta kesalahan yang dilakukan turut direkodkan dalam lesen memandunya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Harian Metro

Di bawah Seksyen 42(1) akta berkenaan, mana-mana individu yang memandu secara melulu dan membahayakan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda antara RM5,000 hingga RM15,000, dan penggantungan lesen selama tidak kurang lima tahun serta pembatalan lesen percubaan.

Sebelum ni, media melaporkan bahawa pasangan suami isteri mengalami kecederaan selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh sebuah kenderaan pancauan empat roda bedekatan Plaza Tol Jalan Duta.

Susulan kejadian tersebut, tertuduh ditahan dan didakwa atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Pempengaruh dan juga aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) Haroqs atau nama sebenarnya, Muhammad Hareez Adzrami menyatakan rasa terharu kerana ramai ambil berat keatas dirinya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd