Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPM Cadang Wujudkan Kelas Prasekolah Percuma, Beri Peluang Murid Terima Pendidikan Awal

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bercadang mewujudkan kelas prasekolah di seluruh institusinya termasuk Kolej Vokasional dan Institut Pendidikan Guru (IPG) bermula pada sesi persekolahan 2024/2025.

Foto: FB KPM

Menurut laporan Bernama, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, penambahan itu dibuat berdasarkan permintaan, keperluan dan keupayaan komitmen KPM.

“Hala tuju kita setakat ini, kita akan memperluaskan prasekolah di bawah institusi KPM. Prasekolah KPM ini percuma dan kita mahukan ibu bapa memilihnya,” katanya.

Foto: FB KPM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Karnival Keusahawanan PERMATA Remaja di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga berkata bahawa keperluan mewujudkan kelas prasekolah ini bagi mengelakkan keciciran dalam kalangan murid dan sebagai intervensi awal.

“Sebanyak 129 kelas prasekolah ditambah tahun ini menjadikan jumlah keseluruhannya kepada 9,909 di seluruh negara bagi memberi peluang lebih ramai murid mendapat pendidikan di peringkat awal,” ujarnya.

Foto: FB KPM

KPM akan mewajibkan pelaksanaan prasekolah ini di semua institusi di bawah kementerian itu dan di semua 27 buah IPG seluruh Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Fadhlina turut mengulas tentang penganjuran Karnival Keusahawanan PERMATA Remaja adalah untuk mempraktikkan amalan pendidikan berterusan bagi memastikan tiada remaja yang tercicir dalam mengejar kecemerlangan hidup.

Foto: FB KPM

Karnival itu merupakan strategi bersepadu dengan Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) Universiti Kebangsaan Malaysia sejak 14 tahun lepas itu berjaya menyantuni 8,396 remaja di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur.

“Daripada jumlah itu, 20 peratus daripada mereka telah melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi, 75 peratus telah bekerja atau membuka perniagaan sendiri dan selebihnya masih lagi bersekolah. Seramai 12 orang alumni dilantik sebagai tenaga pengajar program,” tambahnya lagi.

Karnival tersebut dijadualkan berlangsung selama dua hari bermula hari ini dengan penglibatan seramai 250 peserta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd