Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Konstabel Polis Maut Dilanggar Pemandu Mabuk, Suspek Direman Enam Hari

Seorang anggota polis berpangkat konstabel maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar pemandu mabuk di Jalan Temiang berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Temiang, awal pagi Isnin.

Maut dilanggar pemandu mabuk

Dalam kejadian kira-kira jam 1.01 pagi itu, mangsa Naim Mullah Mohd Affandi, 23, yang bertugas di Balai Polis Jalan Campbell, Seremban mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Kecemasan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.

pemandu mabuk

Foto: Seremban page

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa dalam perjalanan dari arah Seremban menghala Temiang.

Artikel lain: Dilanggar Pemandu Disyaki Mabuk, Keluarga Penuhi Hasrat Arwah Darna Derma Kornea Mata

pemandu mabuk

Foto: Seremban page

“Apabila tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun dari arah bertentangan telah hilang kawalan lalu memasuki laluan mangsa sebelum merempuh motosikal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Pemandu mabuk direman

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut mendapati pemandu kereta terbabit disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

pemandu mabuk

Foto: Seremban page

“Polis telah mendapatkan sampel darah untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis lanjut. Suspek kini direman enam hari bermula Isnin bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau meminta saksi atau individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan.

“Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp. Mohd Shahrizan Khairi di talian 019-8461792 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd