Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Konflik Antara Iran dan Israel, Kementerian Pendidikan Tinggi Pantau Pelajar Di Timur Tengah

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membuat pemantauan terhadap keadaan pelajar di negara Timur Tengah rentetan konflik yang berlaku antara Iran dan Israel.

Menerusi kenyataan media, KPT mengambil maklum terhadap situasi terkini di Timur Tengah melibatkan ketegangan antara negara Iran dan Israel, yang secara tidak langsung memberi kesan terhadap negara-negara sekelilingnya seperti Jordan, Syria, Lebanon dan Iraq.

Foto: Kosmo

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menjelaskan bahawa pihak KPT sedang mengikuti perkembangan secara langsung melalui pejabat Education Malaysia (EM) di Jordan dan Dubai, sambil tetap berkomunikasi dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran, dan Amman, Jordan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“KPT sedang memantau perkara ini secara langsung menerusi pejabat
Education Malaysia (EM) di Jordan dan Dubai serta sentiasa berhubung dengan Kedutaan
Besar Malaysia di Tehran, Iran dan Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan bagi
mendapatkan perkembangan terkini dan tindakan lanjut,” katanya

Jelasnya, hal ini bertujuan untuk memperolehi maklumat terbaru dan mengambil langkah selanjutnya yang diperlukan demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan pelajar.

Foto: Utusan

Dalam pada itu, KPT juga akan menjalankan perbincangan dengan pihak-pihak terlibat bagi menentukan langkah selanjutnya, sekali gus mempertimbangkan keperluan untuk membawa pulang pelajar dari negara-negara tersebut.

Rekod semasa telah mencatatkan seramai 1,872 pelajar Malaysia yang berdaftar di Jordan, 37 pelajar di Syria, 8 pelajar di Iran, manakala tiada pelajar Malaysia di Lebanon dan Iraq pada masa ini.

“Rakyat Malaysia khususnya pelajar-pelajar Malaysia di negara berkenaan dinasihatkan
untuk terus bertenang, sentiasa berwaspada dengan situasi semasa dan mematuhi arahan
pihak berkuasa,” ujarnya.

Selain daripada mengharapkan agar krisis dapat diselesaikan dengan segera, KPT turut meminta agar orang ramai, terutamanya para pelajar Malaysia di negara-negara berkenaan supaya kekal tenang dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.

Pelajar dan ibu bapa yang memiliki sebarang pertanyaan, mereka dipelawa untuk menghubungi Kedutaan Malaysia yang terdekat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi Kedutaan Malaysia di Tehran, Iran, boleh dihubungi di talian (+9821) 88072444 dan (+9821) 88078606 dengan alamat 25, Second Alley, North Zarafshan Street Eyvanak Boulevard, Phase 4, Shahrak e-Qods, Tehran. Emel juga boleh dihantar ke [email protected] atau [email protected].

Manakala, Kedutaan Malaysia di Amman, Jordan pula boleh dihubungi menerusi alamat No. 5, Hassan Al Kayed Street, Off Abai Street Abdoun, P.O. Box 5351, Amman 11183, dengan nombor telefon (+962) 6590 2400 dan (+962) 78590 2400. Emel boleh dihantar ke [email protected] atau [email protected].

 

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Lokal

Wanita yang menyimbah air pada pemuda Orang Kelainan Upaya (OKU) Jumaat lalu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Memetik laporan Kosmo! Online, Hakim Mahkamah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd