Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Syamsul Haris: Ibu Lega Tiga Jurulatih Didakwa, Tapi Persoal Kenapa Tuduhan Bukan Kes Bunuh

Ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, Ummu Haiman Bee Daulatgun meluahkan rasa lega selepas tiga jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini berhubung kematian anaknya tahun lalu.

Foto: Media sosial

Menurut laporan Buletin TV3, bagaimanapun, wanita berusia 46 tahun itu mengakui masih mempunyai rasa tidak puas hati terhadap beberapa aspek prosidin  terutamanya kerana pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan bukan Seksyen 302.

“Jabatan Peguam Negara (AGC) pada asalnya mengeluarkan kenyataan pada 2 Disember kes dikatakan kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302, tetapi kenapa tiba-tiba hari ini pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 304 pula,” katanya.

Foto arkib: Utusan

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, dalam kenyataan media memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima semula kertas siasatan kes itu daripada AGC pada Selasa lalu, dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan membunuh.

Beliau menjelaskan bahawa AGC mengarahkan pertuduhan terhadap tiga jurulatih PALAPES, yang juga pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dikemukakan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak sampai tahap pembunuhan.

Tertuduh, Mejar Mohd Azmi Abu Bakar, 40, Kapten Muhamad Bahauddin, 30, dan Pegawai Waran Mohd Norbuangani Mislan, 41, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian Syamsul Haris, 22.

Foto: BH Online

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Lapang Sasar Ulu Tiram Utara antara pukul 2 hingga 3 petang pada 28 Julai tahun lalu.

Sumber: Buletin TV3 (Ercy Gracella Ajos)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di...

Sukan

Barcelona mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas bagi pemain muda mereka, Lamine Yamal, supaya beliau dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa...

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Dunia

Trump Perkenal Duti Baharu 10 Peratus! Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat mengumumkan beliau akan mengenakan tarif baharu sebanyak 10 peratus ke...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd