Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kenderaan Kes Culik Pamela Ling Ditemui Di Sempadan Thailand

Kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kes penculikan Datin Seri Pamela Ling Yueh telah ditemui berhampiran sempadan Thailand, namun siasatan kes berkenaan masih belum menunjukkan sebarang kemajuan yang ketara.

Menurut laporan Sinar Harian, wakil peguam keluarga mangsa, Sangeet Kaur Deo berkata, sehingga kini pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang perkembangan lanjut berkaitan penemuan kenderaan tersebut, meskipun ia telah dimaklumkan kepada keluarga beberapa minggu selepas tarikh penculikan, iaitu pada 9 April lalu.

pamela

Foto: Sinar Harian

“Beberapa minggu telah berlalu namun tiada kemas kini diberikan mengenai ujian forensik ke atas barang-barang yang ditemui dalam kereta tersebut.
“Memandangkan kemungkinan besar beliau telah dibawa merentasi sempadan, keluarga dimaklumkan bahawa Interpol masih belum dimaklumkan, apa yang Polis Diraja Malaysia (PDRM) tunggu?” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan bahawa pihaknya masih belum dapat mengesahkan sama ada Pamela masih berada dalam negara atau telah dibawa keluar.

Foto: FMT

Malah, semakan rekod perjalanan juga tidak menunjukkan sebarang pergerakan keluar negara membabitkan wanita berkenaan.

Artikel lanjut: Tiada Transaksi Bank Dikesan Sejak Kehilangan Pamela – Polis

Pamela Ling, menurut Sangeet, merupakan salah seorang saksi utama dalam siasatan kes pengubahan wang haram dan dipercayai telah diculik selepas gagal hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut menimbulkan persoalan terhadap kecekapan dan ketelusan siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Adakah pegawai SPRM telah disoal siasat secara menyeluruh? Adakah PDRM telah mengenal pasti jenis maklumat yang ingin disampaikan Pamela Ling kepada SPRM dan siapa pihak yang berkepentingan itu? “Adakah kenyataan telah diambil daripada mereka?” ujarnya.

Sangeet juga mempertikaikan sejauh mana pihak polis mengikuti protokol sewajarnya dalam menangani kes kehilangan orang.

pamela

Foto: theedgemarkets

“PDRM jelas sekali tidak mengambil kes ini dengan serius. Tindakan mereka seolah-olah menunjukkan tiada minat untuk menyiasat secara bersungguh-sungguh.” katanya.

Beliau menegaskan bahawa sikap pilih kasih dalam siasatan  di mana hanya kes tertentu diberi perhatian adalah bentuk penafian terhadap hak asasi manusia.

“Ketika pihak berkuasa terus berdiam diri, satu lagi kes kehilangan mencurigakan di negara ini berisiko untuk dilupakan begitu sahaja. Rakyat Malaysia wajar bangkit mempersoalkan dan mengecam sikap tidak bertindak serta layanan terpilih yang ditunjukkan pihak berkuasa,” tegasnya.

Sumber: Sinar Harian (Mukhriz Mat Husin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengakibatkan satu kehilangan besar setelah salah seorang daripada 15 mangsa yang terkorban merupakan hafizah...

Lokal

Ibu kepada salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding...

Sosial

Hasrat seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk bertemu sahabat karibnya, Muhammad Adib Hazim Halim yang merupakan mahasiswa Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)...

Lokal

Kemalangan tragis awal pagi Isnin yang membabitkan sebuah bas persiaran membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bukan sahaja meragut 15 nyawa pelajar, malah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd