Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kerajaan Kelantan Komited Bagi Gubal Semula 16 Seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah

Kerajaan Kelantan memaklumkan kekal komited bagi menggubal semula 16 Seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 yang telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada Februari lalu.

Menurut satu laporan Berita Harian, Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, pihaknya tidak boleh sekadar berpeluk tubuh memandangkan kerajaan negeri meletakkan Islam sebagai dasar pentadbiran utama dan perlu berdepan dengan cabaran perundangan serta institusi syariah di negara.

Foto: FB Mohd Nassuruddin Haji Daud

“Sekali lagi saya tegaskan bahawa kerajaan negeri Kelantan komited untuk menggubal semula 16 Seksyen yang dibatalkan itu sebagaimana usul yang diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada Mac lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Pemantapan Perundangan dan Institusi Syariah (KONSIS) 2024 yang turut dihadiri Presiden PAS Tan Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan di Dewan Besar Sultan Ismail Petra, Balai Islam, Lundang, Kota Bharu hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Nassuruddin berkata, sebagai sebuah kerajaan yang meletakkan Islam menjadi dasar pentadbiran, syiar Islam seharusnya diguna pakai dan diberi keutamaan terutama dalam aspek perundangan dan institusi syariah.

Foto: Berita Harian

“Kita tidak boleh berdiam diri dengan usaha pihak-pihak tertentu yang hari demi hari mencari di mana lagi ruang yang boleh mereka cabar apa sahaja berkaitan agenda meninggikan syiar Islam.
“Halangan dan cabaran yang datang tidak sesekali melemahkan semangat kita, bahkan jiwa-jiwa ini akan terus mengorak langkah demi memartabatkan agama Allah Azza Wajalla,” ujar beliau.

Ahli politik itu juga berkata, umat Islam wajib taat dan tunduk kepada segala perintah Allah SWT kerana sudah menjadi tugas untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT, namun terdapat segelintir umat Islam yang memberi pelbagai hujah serta alasan untuk tidak melaksanakannya.

“Hal membabitkan ibadah seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji tidaklah menjadi keraguan dan persoalan, namun apabila berbicara mengenai usaha untuk memartabatkan hukum Allah SWT sebagai undang-undang dalam kehidupan, maka timbullah pelbagai ragam yang boleh kita saksikan.
“Ada yang menerima dan ada yang bangkit dengan pelbagai hujah serta alasan untuk tidak melaksanakannya dan inilah saki-baki kesan peninggalan penjajah kepada generasi anak watan kita.

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Peranan kita bersama di setiap peringkat untuk membetulkan kefahaman dan menangkis keraguan yang ditimbulkan supaya rakyat Kelantan mempunyai kefahaman yang jelas mengenai Islam,” jelas beliau lagi.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersama lapan panel hakim telah mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.

Tengku Maimun dalam penghakiman panel berkata, mahkamah membenarkan petisyen yang dikemukakan seorang peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya.

Sumber: Berita Harian (Siti Rohana Idris)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Kuil Sri Maha Mariamman di Dengkil menafikan dakwaan bahawa rumah ibadat itu dibina secara haram, sebaliknya menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah lama menyatakan kesediaan...

Nasional

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal menganjurkan Sambutan Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026 pada 8 Februari di Astaka Taman Tasik Titiwangsa. Sambutan berkenaan bertujuan...

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai diabaikan oleh keluarga kerana keadaannya yang tidak terurus, diselamatkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semalam. Kisah menyayat hati...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd