Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kenaikan Harga Beras Ada Sebab Munasabah!

Sejak kebelakangan ini, isu beras menjadi perbualan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia dan hampir setiap hari ada saja isu dikupas mengenai makanan ruji tersebut.

Antaranya ialah harga beras yang semakin meningkat disamping kekurangan beras di pasaran namun terdapat penjelasan yang munasabah bagi isu ini.

Foto: Berita Harian

Tapi sebelum itu, orang ramai perlu faham terdapat dua jenis beras yang berada di pasaran iaitu beras import dan beras tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk pengetahuan semua, kerajaan hanya kawal harga beras tempatan dimana sekilo bernilai RM2.60, manakala harga beras import tidak dikawal kerana ianya dijual mengikut harga pasaran.

Harga beras putih import (BPI) pula ditentukan oleh negara yang mengeksport beras itu dan tahun ini, harga beras dunia telah meningkat mendadak berbanding tahun sebelumnya.

Ia susulan tindakan India sebagai pengeksport terbesar dunia melarang eksport beras beras putih selain dari faktor perubahan iklim dunia yang jelas menjejaskan pengeluaran makanan dunia.

Disebabkan kenaikan harga itu, penyedia stok penimbal beras negara, Padi Beras Nasional (BERNAS) terpaksa membuat pelarasan harga beras import dari RM2300/tan kepada RM3250/tan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika BERNAS tidak mengambil tindakan menyelaraskan harga beras import, pihaknya pula yang akan mengalami kerugian sebanyak RM80 juta sebulan.

Walaupun India telah menyambung eksport beras putih ke beberapa negara, kerajaan mereka masih belum memulakan eksport ke Malaysia menyebabkan permintaan beras tempatan meningkat.

Foto: Majoriti

Disebabkan itu, peniaga juga beralih kepada beras tempatan bagi menjimatkan kos disamping membeli beras dalam kuantiti yang banyak bagi stok perniagaan mereka menyebabkan stok beras tempatan di pasar raya kehabisan dengan cepat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kekurangan stok beras tempatan dan peningkatan harga beras import telah menyebabkan munculnya beberapa risiko yang mengancam kesejahteraan rakyat dan jumlah beras di pasar raya.

Antara risiko perbezaan harga bagi beras import dan beras tempatan adalah peniaga menukar kampit beras dari tempatan ke import untuk meraih keuntungan mudah.

Selain itu, risiko untuk beras tempatan diseludup juga tinggi kerana harga beras negara Malaysia merupakan yang terendah di rantau ini.

Risiko untuk beras tempatan untuk disorokkan juga tinggi kerana terdapat jangkaan bagi harga beras tempatan untuk dinaikkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru isu mengenai beras telah memberi kesan mendalam kepada rakyat Malaysia, maka kerajaan telah mengambil langkah pengawalan mengenai hal ini.

Dalam membendung isu ini, kerajaan melancarkan program khas beras putih tempatan (BPT) yang mana pengilang beras perlu menyerahkan 20% stok padi kepada kerajaan untuk memantau kuantiti beras tempatan di pasaran.

Selain itu, Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama Kementerian Perdagangan Dalam negeri (KPDN) juga melakukan pemeriksaan dengan lebih kerap kepada pengilang, pemborong dan penjual beras dalam Ops BPT 2.0.

Langkah ini diambil bagi memastikan tiada penyelewengan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang menguruskan beras tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai contoh baru-baru ini, media melaporkan terdapat beberapa kilang beras di Kedah diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membongkar ketirisan pengedaran beras.

Selain itu, FAMA, FELDA dan FELCRA diberikan lesen daripada KPKM untuk membekalkan beras ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan.

Kerajaan juga telah membentuk pasukan task force beras tempatan untuk melakukan pemeriksaan rawak keatas beras import yang dijual di pasaran bagi mengesan penipuan atau beras yang dicampur.

Malah sejak 7 September lalu, KPKM telah menetapkan had pembelian maksimum 100 kilogram (kg) BPT bagi setiap individu atau syarikat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerajaan juga telah melancarkan talian Hotline 03-8870 1751/1748/1183 bagi orang ramai untuk melaporkan maklumat tentang bekalan atau penyelewengan yang dikesan.

Namun begitu, Menteri KPKM Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jumlah stok bagi menampung keperluan beras negara dalam tempoh sehingga lima bulan lagi.

Oleh kerana itu, beliau menasihatkan rakyat untuk tidak melakukan pembelian panik atau membeli beras dengan banyak kerana stok beras masih mencukupi.

Perkara asas adalah kesejahteraan rakyat, oleh itu kerajaan telah memikirkan setiap langkah yang boleh diambil bagi memastikan kelangsungan hidup kita semua.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd