Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Nampak Segak & Cantik! Keluarga Pengantin ‘Mat Saleh’ Lengkap Berbaju Melayu Raih Pujian

Keluarga pengantin ‘mat saleh’ mencuri tumpuan apabila telah hadir ke majlis perkahwinan di Malaysia dengan lengkap berpakaian tradisional sehingga menerima pujian.

Keluarga pengantin masing-masing berpakaian tradisional

Menerusi perkongsian pengguna TikTok dikenali sebagai Yaya Farhana, dia telah memuat naik video ketibaan keluarga suaminya yang berasal dari United Kingdom.

Dalam video itu juga, dapat dilihat yang pengantin berjalan di belakang kumpulan kompang menuju ke vanue dan menjalani beberapa adat perkahwinan Melayu di Johor seperti kelazimannya.

Keluarga Pengantin

Keluarga pengantin seronok ikut adat Melayu

Paling meriah sudah tentu pengantin lelaki ‘mat saleh’ itu dikenakan ‘tol’ dan juga berpantun terlebih dahulu sebelum menuju ke pelamin untuk duduk bersanding dengan isteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keluarga pengantin lelaki turut menepung tawar pasangan mempelai dan dilihat teruja melakukan adat merenjis walaupun ia pertama kali dilakukan.

Seri pengantin pun sama naik

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji penampilan keluarga pengantin ‘mat saleh’ itu kerana tidak kekok untuk menggayakan pakaian tradisional Melayu.

Mereka juga dirai dengan penuh meriah di acara tersebut dan netizen juga mengucapkan selamat pengantin baru kepada mempelai serta mendoakan perkahwinan mereka terus bahagia hingga ke syurga.

Sedap mata memandang perkahwinan macam ni

Semua nampak smart!

Bangga bila dapat tunjuk budaya kita ke orang luar

Artikel lain: Istiadat Perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar Dan Tengku Natasya Berlangsung Tiga Hari

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun mereka dibesarkan dalam dua keluarga yang berbeza latar masyarakat, namun masing-masing tidak ego untuk terus mengekalkan adat serta budaya lebih-lebih lagi majlis diadakan di Malaysia.

Sumber: TikTok Queen Swift

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Usahawan dan personaliti YouTube terkenal, Uncle Roger berkongsi pendapat peribadi dengan menggambarkan perasaan teruja untuk mencuba makanan di sebuah restoran baharu, tetapi berakhir dengan...

Lokal

Pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan di Lampu Isyarat Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu semalam disahkan mempunyai rekod rawatan psikiatri dan menghidap Major...

Sosial

Bapa kepada Allahyarhamah Nurul Athira Auni mengundang sebak warganet apabila luahan dan doa yang dipanjatkan ketika menziarahi pusara anak perempuannya tular di media sosial....

Dunia

Seorang ahli politik Singapura dari People’s Power Party (PPP), Derrick Sim, memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menyifatkan beliau sebagai antara...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd