Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Doha telah memaklumkan bahawa berlaku serangan di Qatar, dan menggesa semua rakyat Malaysia agar tidak keluar rumah atau bangunan kecuali jika benar-benar perlu.
Kedutaan dalam satu kenyataan hari ini, menyeru rakyat Malaysia berhati-hati dan terus mengikuti perkembangan semasa melalui sumber-sumber sahih.
“Bagi mereka yang akan melakukan perjalanan, sila tangguhkan dahulu perjalanan dan semak jadual penerbangan terkini bagi mengelak sebarang kesulitan,”menurut kenyataan.
Kedutaan Minta Rakyat Malaysia Tidak Keluar Rumah
Tambah kedutaan, pihaknya sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Qatar, dan maklumat lanjut akan diumumkan sebaik sahaja tersedia.
Artikel lain: Risiko Ruang Udara, MH160 & MH156 Berpatah Balik Demi Keselamatan Penumpang
Orang ramai juga dinasihatkan untuk terus mengikuti maklumat rasmi daripada Kedutaan Malaysia dan media sahih bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.
Sumber: FB Malaysian Embassy Doha









































