Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

133 Kardinal Sudah Mula Berkumpul Di Vatican, Sedia Pilih Paus Baharu

Proses pemilihan Paus baharu dimulakan di Vatican hari ini dengan dijadualkan seramai 133 kardinal akan berkumpul di Gereja Kecil Sistine bagi mengikuti pemilihan tersebut.

133 kardinal berkumpul

133 kardinal berkumpul

Foto: ABS-CBN

Pemilihan ini dibuat setelah kematian Paus Francis pada 21 April lalu dan pengundian pertama dijangkakan berlangsung pada sebelah petang, namun keputusan pantas untuk mengetahui Paus baharu dianggap tidak mungkin dapat dicapai.

Dalam pada itu, majoriti dua pertiga diperlukan bagi melantik Paus ke-267 bagi Gereja Roman Katolik yang kini sudah mempunyai lebih 1.4 bilion pengganut di seluruh dunia.

Bukan itu sahaja, pemilihan tersebut berlaku dalam pengasingan ketat daripada dunia luar dimana para kardinal diwajibkan untuk menyerahkan telefon bimbit dan semua peranti digital yang lain.

Foto: Britannica

Menariknya, tidak kesemua dapat mengundi kerana hanya kardinal yang berumur bawah 80 tahun sahaja layak melakukan upacara suci terbabit.

Setakat ini, media menjangkakan Pietro Parolin sebagai calon utama memandangkan beliau sebelum ini merupakan pemimpin nombor dua bagi Gereja Katolik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Dari Pulau Pinang Ke Vatican! Kardinal Malaysia Akan Undi Paus Baharu

Mengikut tradisi terdahulu, asap akan keluar dari cerobong Gereja Kecil Sistine pada petang Rabu selepas pusingan pertama pengundian.

Foto: DETIK.com

Asap hitam menandakan tiada keputusan manakala asap putih bermaksud seorang Paus baharu telah dipilih.

Dalam tradisi sebelum ini, asap akan kelihatan dari cerobong Gereja Kecil Sistine pada petang Rabu selepas pusingan pertama pengundian.

Untuk rekod, sejak 1960-an tradisi ini sudah dijalankan dan kebiasaannya ia akan mengambil masa antara dua hingga tiga hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: abcNEWS, FRANCE24

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd