Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Jurulatih Tampar Atlet Remaja Mohon Maaf, Sedia Terima Segala Hukuman

Insiden seorang jurulatih bola tampar yang melakukan kekerasan sewaktu Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 tahun terhadap atlet remaja perempuan pasukan negeri Melaka telah dikecam hebat selepas video kejadian berkenaan tular di media sosial.

Kesal dan mohon maaf

Walau bagaimanapun, memetik laporan dari Harian Metro merujuk kepada sidang media yang dilakukan oleh jurulatih tersebut, dia dengan rendah hati memohon maaf kepada pelajar-pelajar terbabit serta keluarga mereka berhubung kejadian yang berlaku.

“Saya sesungguhnya kesal dengan apa yang berlaku dan memohon maaf kepada semua pemain terutamanya kedua pemain yang terbabit serta ibu bapa mereka.
“Pemain-pemain adalah keluarga dan kekuatan saya, tanpa mereka saya tidak boleh menjadi jurulatih,” katanya.

Tiada niat lakukan kekerasan, sedia terima hukuman

Dalam sidang media itu juga, jurulatih yang dikenali sebagai Saiful Hadee, 44 itu turut bersedia dengan segala hukuman yang harus diterima disebabkan keterlanjuran tindakannya sebelum ini.

Ujarnya, apa yang dilakukan pada 16 Disember di Kota Tinggi itu langsung tidak berniat mahu mencederakan ataupun menyakiti peserta di bawah kendaliannya sewaktu dalam latihan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Latihan yang saya (kendalikan) ada pelbagai jenis antaranya pendekatan psikologi, intensif dan fizikal dalam membentuk pemain.
“Saya tidak berniat untuk mengambil tindakan sehingga mendatangkan kecederaan, tindakan itu adalah untuk menaikkan lagi semangat dan memotivasikan mereka.
“Saya sedia dan reda dengan segala keputusan yang bakal dikenakan kepada saya selain berharap perkara ini menjadi pengajaran pada diri sendiri,” katanya.

Harap mana2 pihak tak perbesarkan isu

Jurulatih itu ditemui selepas perjumpaan khas susulan insiden berkenaan yang dihadiri Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail; Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA), Hean Boon Yeow dan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka, Asri Ninggal.

Buat masa ini, siasatan masih dijalankan dan segala keputusan akan buat berdasarkan MAVA dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Oleh itu, semua pihak diharap tidak  lagi memperbesarkan isu ini kerana ia secara tidak langsung mengganggu dan menjejaskan emosi kedua-dua pemain.

Terdahulu, pihak MAVA telah pun mengambil langkah serta merta dengan menggantung tugas jurulatih berkenaan sehingga siasatan terhadap kes menampar pelajar di kejohanan itu selesai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, pihak ibu bapa pemain dan juga pemain-pemain sendiri mendesak agar jurulatih mereka tidak dikenakan hukuman memandangkan insiden terbabit langsung tidak menjadi isu antara mereka.

Sumber: Harian Metro (Nuraliawati Sabri)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Dunia

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia merangkap pengasas syarikat teknologi Gojek, Nadiem Makarim, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah oleh sebuah...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Rimba di sini sejak 23 Jun lalu, dipercayai meninggalkan sekeping...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan menjadi perhatian selepas didakwa menyiarkan semula perlawanan FIFA World Cup 2026 menerusi platform TikTok tanpa kebenaran daripada Radio Televisyen...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd