Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

John Cena Tampil Tanpa Seurat Benang Di Pentas Oscars 2024

Pelakon Hollywood ternama, John Cena mengejutkan penonton di Anugerah Akademi Oscars kali ke-98 dengan pengumumannya bagi ketegori Rekaan Kostum Terbaik.

Menerusi laporan portal UNILAD, ahli gusti itu tampil di atas pentas dengan hanya menutup bahagian kemaluannya dengan hanya menggunakan kad penyampai ketika menyampaikan trofi.

Oleh kerana pergerakan yang terhad, pelakon berusia 47 tahun itu mengalami kesukaran untuk mengumumkan pemenang bagi kategori yang bakal disampaikan sebelum meminta pengacara Jimmy Kimmel keluar untuk membantunya bagi menyampaikan anugerah tersebut.

Walau bagaimanapun, ketika aktor tersebut ingin menyerahkan anugerah kepada pemenang, dia dilihat telah siap mengenakan ‘langsir’ yang hanya melitupi  sebahagian dari tubuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penonton anugerah berkenaan bagaikan terimbas kembali mengenai kenangan Anugerah Oscar pada tahun 1974 dimana terdapat seorang lelaki berlari-larian di pentas utama tanpa seurat benang sewaktu acara menyambut kehadiran pelakon Elizabeth Taylor.

Sementara itu, tular di aplikasi Tiktok, seorang pempengaruh fesyen Barat iaitu Jess Cronin menyifatkan tindakan John Cena tersebut sebagai tanda sokongan buat tuntutan ekuiti gaji bagi pereka kostum filem Barat.

@jesscronindesigns

@John Cena you are a true Gem for doing this in support of the Costume Department and ALL that we do! Costumes are the first thing an audience sees that helps subconsciously establish a character and this visually shows everyone that actors and the screen are truly naked without us. As we fight for our union rights and pay equity- together we stand strong! #costumedesign @CDG Pay Equity Movement #costumedesigner #oscars #oscars2024

♬ original sound – Jess Cronin Designs

Advertisement. Scroll to continue reading.

Persatuan Pereka Kostum menuntut agar pereka kostum bagi layar filem diiktiraf dan dibayar sewajarnya untuk sumbangan penting mereka kepada Hollywood dan dunia hiburan.

Pempengaruh fesyen tersebut turut menjelaskan walau tindakan pelakon Hidden Strike tersebut hanya berlaku seketika di atas pentas, namun ianya secara tidak langsung dapat membuka mata ramai pihak mengenai hak pereka kostum yang diperjuangkan.

Sumber: Portal UNILAD, TikTok @jesscronindesigns

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Lokal

Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat koperal ditahan bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd