Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jalur Gemilang Terbalik Di Kilang: Terlorot Ditiup Angin Jadi Punca – Noor Helmy

Ditiup angin, terlorot lalu berkibar dalam keadaan terbalik menjadi punca Jalur Gemilang ‘lari’ dari kedudukan asal yang dipasang di sebuah kilang di Batu Berendam, Melaka.

Jalur Gemilang terbalik di kilang

Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halim berkata, beliau melihat sendiri rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) kilang tersebut berhubung insiden berkenaan.

“Saya dah tengok rakaman CCTV Texas Instruments Melaka, yang mana sebenarnya bahagian bawahnya yang diikat pada tiang dah terlorot, tersangkut dan terbalik.
“Lepas terbalik, ia berkibar dan masa inilah Bendera Kebangsaan diambil gambar sebelum ditularkan sedangkan sebenarnya ia terlorot,” katanya pada Ahad.

Mohd Noor Helmy berkata demikian menerusi sebuah hantaran video berdurasi 52 saat yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.

Jalur Gemilang terbalik

“Mat dah tengok rakaman CCTV Texas Instruments Melaka. Tercabut, tersangkut dan terbalik. Nasib baik ada CCTV walaupun puas nak belek-belek.
“Yang tukang gantung bendera tu pun dah tak tentu arah hidup dia. Nanti kay tunggulah kenyataan rasmi kilang. Ni kenyataan daripada saya je sebelum benda bukan-bukan berlaku,” tulisnya di ruangan kapsyen pada hantaran tersebut.

Jalur Gemilang terbalik

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap insiden terbabit boleh dimaafkan kerana ia bukan kesalahan yang sengaja dilakukan oleh pihak kilang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Papar Jalur Gemilang Secara Tak Wajar Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang -AGC

Biar undang-undang tentukan

Jalur Gemilang terbalik

Boleh diterima, ada bukti

Jalur Gemilang terbalik

Beza tak sengaja dengan sengaja tu

Jalur Gemilang terbalik

Pada masa sama, segelintir netizen memuji tindakan Mohd Noor Helmy menggunakan pendekatan lebih ‘tenang’ dengan mencari bahan bukti melalui CCTV apabila timbulnya isu Jalur Gemilang terbalik.

Ada bahasa dan adab

Jalur Gemilang terbalik

Cara macam ni bagus

Jalur Gemilang terbalik

Nampak pemimpin berintegriti

Jalur Gemilang terbalik

Sumber: Facebook Mohd Noor Helmy

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd