Tragedi menyayat hati menimpa seorang bapa apabila menyaksikan sendiri anaknya dibaham buaya di Kampung Segaliud, di sini, petang tadi.
Mangsa, Mohd Rayyan Abdullah, 28, dipercayai pergi menjala udang di sungai bersama bapanya sebelum dibaham reptilia itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 8.22 malam.
“Menurut bapa mangsa yang berada di lokasi, dia melihat anaknya itu dibaham buaya di depan matanya,” katanya ketika dihubungi, lapor Harian Metro.
Artikel lain: Makcik Nyaris Jadi Mangsa! Ingatkan Ikan Gigit Kaki, Rupanya Muncung Buaya
Katanya, jarak balai ke kampung berkenaan kira-kira 30 kilometer (km) dan anggota tiba di lokasi berkenaan pada jam 9.10 malam.
“Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan membabitkan empat anggota. Setakat ini, mangsa belum ditemui,” ujarnya.
Operasi menyelamat itu masih diteruskan sehingga kini bagi mengesan mangsa yang hilang itu.
Sumber: Harian Metro (Poliana Ronnie Sidom)










































