Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Isu Kampung Sungai Baru, Johari Diam Sebab Malas Cakap Benda Bodoh

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan bahawa beliau tidak berdiam diri dalam isu pembangunan semula Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, malah beliau sebaliknya memilih untuk mengumpulkan maklumat sahih sebelum bersuara.

Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Perladangan dan Komoditi itu menjelaskan, beliau tidak mahu membuat kenyataan tergesa-gesa tanpa fakta kukuh.

Foto: Podcast Buletin Utama TV3

“Saya memang tidak kerap pergi bercakap benda-benda bodoh (tanpa fakta yang jelas) ini. Kalau bercakap benda bodoh, saya malas bercakap.
“Saya hendak bercerita perkara yang ada fakta dan penyelesaian. Saya tidak ke depan selepas November 2022 (menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)) sebab saya sedang mengumpul fakta.
“Hendak dapat dan kumpulkan dokumen-dokumen berkaitan isu ini bukan mudah. Perlu melibatkan urusan peguam dan mencari fail di mahkamah, mereka (penduduk) semua tidak tahu,” katanya ketika ditemu bual dalam satu program audio siar tempatan pada Ahad.

Projek pembangunan di Kampung Sungai Baru melibatkan 382 unit kediaman, termasuk 64 lot rumah teres dan 264 unit flat dan isu timbul apabila segelintir penduduk asal yang merupakan kumpulan minoriti, tidak berpuas hati  dengan jumlah pampasan  yang ditawarkan.

Foto: Malay Mail

Disember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan di Parlimen bahawa kerjasama antara pemilik tanah dan pemaju dilakukan atas dasar persetujuan bersama tanpa sebarang unsur paksaan atau tekanan.

Johari menekankan komitmennya untuk memastikan semua penduduk mendapat unit rumah yang setimpal dari segi nilai pasaran dan kualiti, seperti yang dijanjikan.

“Hari ini saya sudah sampai satu peringkat di mana sudah dapat maklumat dan fakta cukup untuk bercakap pada umum.
“Pada mulanya saya ingin membuat sidang media, tetapi saya putuskan untuk lakukan menerusi program ini supaya pihak pemaju, Jabatan Wilayah Persekutuan, peguam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain boleh dengar apa saya cakap.
“Selepas saya cakap, jika mahu penjelasan lebih lanjut saya boleh berikan kepada mereka,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Mukhriz Mat Husin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd