Rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Kelantan, meluahkan rasa bangga selepas Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) berkongsi imej menakjubkan aliran sedimen pekat Sungai Kelantan yang dirakam dari angkasa lepas baru-baru ini.
Dalam hantaran di Facebook rasmi ISS, turut dipaparkan kepelbagaian hidrosfera bumi di tiga lokasi lain iaitu beting pasir di Bahamas, perairan kaya biologi di Teluk California serta Tasik Pyramid di Nevada, Amerika Syarikat.
ISS Kongsi Imej Sungai Kelantan Dari Angkasa
Antara yang paling mencuri perhatian ialah imej Sungai Kelantan yang merentasi dataran banjir paling padat penduduk di Malaysia sebelum berakhir di Laut China Selatan.
“Di tebing timurnya, tempat sungai bertemu dengan laut, terletaknya Kota Bharu, sebuah bandar yang diasaskan pada akhir abad ke-19 dan didiami kira-kira 570,000 orang.
“Gambar ini diambil dari Stesen Angkasa Antarabangsa ketika ia mengorbit 260 batu di atas Bumi,” tulis hantaran itu.
Artikel lain: Banjir Di Hatyai: Konsulat Saran Rakyat Malaysia Tangguh Perjalanan
Menurut ISS, imej yang direkodkan pada 2 Oktober 2025 itu menonjolkan proses semula jadi yang terus membentuk muka bumi seperti pola aliran air, pemendapan dan perubahan landskap.
Setakat ini, perkongsian tersebut meraih lebih 1,000 tanda suka di Facebook dan terus menjadi bualan netizen yang kagum melihat keindahan Sungai Kelantan dari perspektif angkasa.
Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.










































