Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Inkues Zara Qairina Ditentukan September, 195 Saksi Dipanggil

Mahkamah Koroner menetapkan prosiding inkues berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, bermula bulan depan.

Inkues dijalankan dari 3-30 September

Menurut laporan Berita Harian, prosiding tersebut dijadualkan pada 3 hingga 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September dan 22 hingga 30 September, dengan seramai 195 saksi dikenal pasti akan dipanggil memberi keterangan.

inkues

Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz yang bertindang sebagai Koroner membuat ketetapan itu ketika sebutan kes berlangsung pagi tadi.

Artikel lain: AGC Arah Inkues Kematian Zara Qairina, Empat Tuntutan Keluarga Kini Dipenuhi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejak awal pagi, wakil mdia berkumpul di bangunan mahkamah manakala pihak pois turut ditempatkan di sekitar kawasan bagi memastikan keadaan terkawal.

Menurut Jabatan Peguam Negara (AGC), inkues ini dialankan bagi menentukan punca serta sebab kematian Zara Qairina, termasuk meneliti kemungkinan wujud unsur jenayah.

“Kes ini adalah berkepentingan awam. Jabatan akan memohon supaya prosiding ini dipercepat demi menegakkan keadilan, bukan sahaja untuk keluarga Allahyarhamah Zara Qairina, tetapi juga demi kepentingan masyarakat umum,” menurut kenyataan AGC.
inkues

Foto: NST

Keputusan menjalankan inkues dibuat selepas AGC meneliti laporan siasatan Polis Diraja Malaysia yang diserahkan pada 12 Ogos lalu.

Zara Qairina, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, meninggal dunia di Hsopital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada pagi 16 Julai.

Sumber: Berita Harian (Izwan Abdullah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial wajah Edward Wong, pelajar cemerlang STPM, yang sebelum ini menarik perhatian netizen selepas meluahkan kekecewaan kerana gagal mendapatkan kursus perakaunan...

Lokal

Hasrat seorang lelaki mengekori ambulans yang membawa neneknya ke hospital bertukar tragedi apabila kereta Perodua Bezza dipandunya melanggar lampu isyarat merah sebelum terbabit dalam...

Sosial

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan memanggil rakan sejenisnya dengan gelaran mesra seperti “sayang” dan “isteri”. Tular panggil rakan...

Sosial

Rakaman aktiviti membeli-belah di Mydin oleh pengguna TikTok @lifewith5rose menjadi tular selepas aksi suami kepada wanita itu menarik perhatian ramai. Dalam video berkenaan, si...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd