Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Mentua Hamzah Zainuddin Maut Dalam Kebakaran Rumah

Sebuah tragedi menyayat hati berlaku malam tadi apabila rumah keluarga mentua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, musnah dalam satu kebakaran di Kampung Sungai Rapat Tambahan, Ipoh.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian kira-kira jam 9.19 malam itu mengorbankan ibu mentua beliau, Salmiah Nyakk Matt, 84 tahun, manakala suaminya, Datuk Abdul Ghani Ngah, 83 tahun, mengalami sesak nafas dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

mentua

Foto: BH

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon, pasukannya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata siasatan awal mendapati seramai enam orang berada di dalam rumah dua tingkat di Jalan Raja Abdullah itu sewaktu kebakaran berlaku.

mentua

Foto: Sinar Harian

“Seorang wanita berusia 84 tahun yang juga ibu mentua Datuk Seri Hamzah Zainudin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Empat lagi ahli keluarga berusia antara 18 hingga 49 tahun berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Artikel lain: Solat Berjemaah Jadi Asbab Selamatkan 90 Pelajar Daripada Kebakaran

Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian, dan kes kini diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).

Advertisement. Scroll to continue reading.
mentua

Foto: Kosmo!

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan insiden ini diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-254 2222 bagi membantu siasatan.

Sumber: Berita Harian Online (Zahratulhayat Mat Arif)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media...

Filem

Baru-baru ini tular di media sosial filem animasi Merah Putih dari negara jiran, Indonesia menerima kecaman apabila kualiti visualnya kurang memuaskan tidak setanding dengan...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Lokal

Bedah siasat terhadap jenazah Zara Qairina Mahathir mendedahkan wujud kesan kecederaan pada tubuh kanak-kanak tersebut. Tubuh Zara Qairina ada kecederaan Foto: Kosmo! Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd