Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Ibu Fatin Akui Takut Tidur Dalam Lokap – “Ini Harga Dibayar Demi Bertemu Anak Sendiri”

Ibu kepada pempengaruh, Fatin Syazwani iaitu Aminah berkongsi pengalaman tidur semalaman dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Menurut laporan Mingguan Wanita, Aminah, suami dan dua anaknya telah dibebaskan kira-kira jam 7 malam semalam selepas ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kes perselisihan faham di kawasan perumahan Taman Bertih Laut, Teluk Pulai.

Ibu Fatin akui takut

Ibu Fatin akui takut

Foto: Mingguan Wanita

“Makcik memang takut duduk seorang  diri dalam sel lokap polis. Dipakaikan baju tahanan reman selain dipisahkan dari suami dan dua anak adalah satu pengalaman tak mampu makcik lupakan tapi inilah harga dibayar untuk bertemu anak sendiri. Selama berkahwin dengan pakcik hampir 30 tahun, inilah kali pertama berpisah tempat tidur dengan pakcik.
“Makcik menangis dalam lokap tu. Tapi makcik tak fikirkan diri sendiri ketika itu tapi hati makcik runsing fikirkan diri Fatin. Apa keadaannya. Bagaimana kesihatannya.
“Semalaman makcik tak boleh tidur memikirkan nasib Fatin. Itulah yang buat makcik sedih,” katanya.

Cerita Aminah, dia dan keluarga tidak berniat untuk masuk campur dalam urusan rumah tangga anak perempuannya itu namun, disebabkan faktor kesihatan telah membuatkannya bimbang dengan keadaan Fatin.

Foto: Mingguan Wanita

“Kami kena keluarkan RM3000 untuk membayar kos peguam dan tahu kes ini akan ada pendakwaan kelak.
“Sebagai ibu, selama tujuh tahun Fatin mendirikan rumahtangga, makcik sekali pun tak pernah masuk campur urusan rumahtangga mereka dan hanya mamandang sahaja. Tapi bila soal kesihatan Fatin tidak dimaklumkan, itu buat kami risau,” ujarnya.

Sebaik sahaja bebas daripada lokap, Aminah mendapat peluang untuk melawat Fatin di hospital selepas mendapat kebenaran daripada pihak hospital.

“Sebelum naik ke wad, telefon pun kena bagi pada guard. Beg pun tak boleh dibawa naik. Hanya bawa badan saja. Niat ziarah nak tengok anak tapi makcik diiringi tiga orang polis bantuan hingga ke wad.
“Dua tunggu di luar dan seorang ada bersama kami. Ini semua atas arahan siapa?” soalnya.

Artikel lain: Kekayaan Hanya Palsu? Adik Ipar Dedah Prince Syed Tayang Emas, Beg Tangan Tiruan

Ibu Fatin akui takut

Pun begitu hasil pertemuan bersama anaknya selama 30 minit, Fatin lebih banyak mendiamkan diri dan bukan seperti karakter yang dikenali selama ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dia ada cakap akan balik ke rumah makcik selepas keluar dari hospital ini. Kami tunggu janjinya. Nak tengok sama ada betul menantu akan hantar Fatin ke rumah kami.
“Jujurnya sebagai mak, kita rasa tak bebas nak berbual dengan anak sendiri. Bila tanya anak sakit apa, tiada jawapan makcik perolehi. Keadaan pesakit hanya boleh dimaklumkan kepada suaminya, Prince Syed.
“Masa jumpa Fatin tadi, makcik peluk dia erat-erat. Rasa sebak tengok keadaannya. Dia nampak sihat tapi itulah tak banyak bercakap pun. Lebih banyak menunduk saja mukanya. Tapi itu dah cukup buat makcik rasa puas hati.
“Makcik tak boleh tanya banyak-banyak sebab kalau Fatin menangis kami kena keluar. Jadi makcik tak adalah tanya banyak-banyak walau ada banyak makcik nak tanya,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial video seorang wanita mendakwa dirinya ibu mentua Prince Syed ke sebuah rumah dan memaklumkan menantunya lari dan menghalang anak serta cucu berjumpa dengannya.

Dalam video sama, wanita berkenaan turut mendakwa Prince Syed berkahwin dengan Fatin Syazwani untuk menjadikan wanita itu tikus makmal dengan memaksa menjalani pembedahan bariatrik bagi menjual produk pelangsingan badan.

Sumber: Mingguan Wanita (Almaswa Haji Che Ros)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul mengajak semua pihak untuk ‘move on’ susulan video permohonan maaf Dr. Malar Santhi Santherasegapan berhubung kontroversi kenyataan melibatkan isu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd