Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Hasrat Ruben Onsu Tunai Haji Lebur, Visa Furoda Tidak Diluluskan

Hasrat Ruben Onsu tunai haji lebur

Pengacara terkenal, Ruben Onsu memaklumkan impian untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini tidak kesampaian disebabkan visa furoda tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi.

Hasrat Ruben Onsu tunai haji lebur

Hasrat Ruben Onsu tunai haji lebur

Foto: ANTARANews

Memetik laporan CNN Indonesia, Ruben atau nama lengkapnya Ruben Samuel Onsu, 42, memberitahu dirinya tidak berasa kecewa malah percaya ada hikmah di sebalik yang terjadi dan menganggap masih belum diberi rezeki mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci.

“Saya memang tidak dapat menunaikan ibadah haji kerana terdapat masalah berhubung visa furoda yang tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi.
“Saya berharap, suatu hari nanti pasti Tuhan akan menjemput saya untuk datang ke sana menunaikan ibadah haji kalau sudah itu yang menjadi ketentuan-Nya,” kata Ruben, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ruben turut mengucapkan terima kasih buat sahabatnya yang banyak memberikan sokongan dan bantuan ketika dirinya mahu mendalami Islam setelah bergelar seorang mualaf.

Hasrat Ruben Onsu tunai haji lebur

Foto: Hops ID

“Kenapa saya selalu cakap terima kasih kepada semua kerana sehingga kini saya masih belajar untuk menyempurnakan solat.
“Pertama kali saat saya menjadi mualaf keinginan saya adalah menyempurnakan solat, itu yang saya minta kepada Allah,” jelasnya.

Artikel lain: Baru Masuk Islam, Ruben Onsu Berjaya Hafal 3 Surah Pendek Untuk Solat

Untuk info, visa furoda merujuk kepada visa yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar DiRaja Arab Saudi. Visa ini bagaimanapun dikeluarkan hanya untuk orang atau kumpulan tertentu sahaja.

Sumber: CNN Indonesia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd